Direktori | Webmel Staf etika4  facebook utube2 rss  mobile small
Color Color Color
A- A A+
1akses
Info Terkini:
Tiada berita terkini buat masa ini

Akademi Kemahiran KEMAS Seri Iskandar

ilk perakilk perak

Akademi Kemahiran KEMAS Sri Iskandar,
32600 Bandar Baru Seri Iskandar, Bota, Perak
No. Tel : (05)- 371 2102
(Pengetua : Puan Harlina binti Sadan)

 

Pengenalan

 

Institut Latihan KEMAS Seri Iskandar, Perak diwujudkan sebagai satu inisiatif untuk mempertingkatkan keupayaan dan kredibiliti warga KEMAS. 

Penubuhan Institut Latihan KEMAS Seri Iskandar telah dirancangkan dalam RMK-7 pada Mei 1999 di atas sebidang tanah seluas 7 ekar di Bandar Seri Iskandar dalam Daerah Perak Tengah, Dewan Undangan Negeri Bota dan Parlimen Parit. Terletak 30 km dari Bandaraya Ipoh dipertengahan laluan utama Ipoh-Lumut. ILKSI diserah milik kepada KEMAS pada tahun 2001 dan mula beroperasi pada bulan September. 

Institut Latihan KEMAS Seri Iskandar merupakan institusi latihan KEMAS yang ke-6 dan yang ke-2 bertaraf institut selepas Institut Latihan KEMAS Kuantan, Pahang. Ia mula beroperasi September 2002.

 

Objektif

  1. Menyediakan kemudahan latihan yang berkualiti dan dinamik serta berkesan kepada para peserta yang terdiri daripada anggota KEMAS, agensi kerajaan dan pertubuhan-pertubuhan kemasyarakatan bagi tujuan melahirkan masyarakat yang bermotivasi, berinovasi dan berkredibiliti.

  2. Melaksanakan program latihan sebagaimana yang dirancang oleh Bahagian Latihan dan cawangan lain Ibu Pejabat KEMAS.

  3. Merancang untuk menguna pakai kemudahan yang ada secara maksima dengan mengintegrasikan aktiviti melalui pihak KEMAS negeri dan lain jabatan serta pertubuhan bukan kerajaan.

  4. Menyediakan kemudahan aktiviti tidak formal kepada masyarakat.

 

Fungsi/Program

 

Institut Latihan KEMAS Seri Iskandar menjalankan program:

  1. Kursus Asas Sijil Pendidikan Awal Kanak-kanak PM Tabika dan PM Taska
  2. Program Persijilan dan Diploma Kemahiran Malaysia

 

Carta Organisasi

** Sila klik gambar untuk lihat lebih jelas.

carta organisasi akksi 2017

 

Kemudahan

 

KemudahanKuantitiKapasitiKadar Sewaan

ilk siDEWAN BESAR

1    

ilk siBILIK/DEWAN KULIAH

4 25org (satu bilik)  

ilk siASRAMA

15 dorm 10 orang setiap dorm  

ilk siBILIK TAMU 1

1 2 org  

ilk siBILIK TAMU 2

1 2 org  

ilk siDEWAN MAKAN

1    

ilk siKENDERAAN

KENDERAAN
  1. BAS
  2. KERETA
  3. VAN

  1. 1
  2. 1
  3. 1
 

ilk siSURAU (3 buah)

1

70 org  

ilk siPUSAT SUMBER

1 15 org  

ilk siBILIK MESYUARAT

1 50 org  

ilk siMAKMAL KOMPUTER

*Dalam proses penambahbaikan    

ilk siBILIK JAHITAN

3 25 org setiap bilik

 

PADANG 1 Tiada Tiada
GELANGGANG 1 Tiada Tiada

 

Isu / Masalah

 

  1. Penambaikan dari segi logistik.
  2. Naik taraf prasarana sedia ada:
    1. Mengganti paip utiliti saluran paip utama.
    2. Menggantikan kabel utama.
    3. Menaik taraf sistem firefighting.
  3. Membuat penstrukturan semula kakitangan dengan menambah bilangan kakitangan terutama tenaga pengajar.

 

Cadangan Penambahbaikan

  1. Membina asrama bagi menampung jumlah pelatih yang akan bertambah dengan adanya blok bangunan baru
  2. Membina surau bagi menampung pelatih yang ada

Program-program KEMAS

gambar

Pendidikan Awal Kanak-Kanak

TABIKA & TASKA Bertanggungjawab ke atas pelaksanaan pend...

Lihat Sepenuhnya
gambar

Pendidikan Kemahiran

     UNIT PENDIDIKAN KEMAHIRAN &nbs...

Lihat Sepenuhnya
gambar

Pembangunan Komuniti

    SEKSYEN KESEJAHTERAAN DESA ...

Lihat Sepenuhnya
gambar

Latihan dan Pembangunan Profesional

     KURSUS SIJIL PENDIDIKAN AWAL KANAK-KA...

Lihat Sepenuhnya