Direktori | Webmel Staf etika4  facebook utube2 rss  mobile small
Color Color Color
A- A A+
1akses
Info Terkini:
Tiada berita terkini buat masa ini

ILK Kuantan

ilk kuantanilk kuantan
Institut Latihan KEMAS, Jalan Tok Sira, Alor Akar, 25050 Kuantan
No. Tel : (09)- 568 4790/No. Faks : (09)- 567 6469

Pengenalan

Institut Latihan KEMAS Kuantan adalah salah sebuah Institusi Latihan di bawah pengurusan bahagian Latihan dan Kemajuan Kerjaya Ibu pejabat KEMAS. ILK Kuantan berperanan mengendalikan kursus – kursus Pra perkhidmatan dan kursus Dalam Perkhidmatan kepad bakal Pemaju Masyarakat dan anggota KEMAS serta menyediakan kemudahan kepada Jabatan KEMAS, Jabatan Kerajaan, NGO serta masyarakat setempat.

Institut Latihan KEMAS Kuantan, telah dibina pada tahun 1991 dan siap sepenuhnya pada tahun 1993 di atas tapak tanah seluas 4 ekar yang mendapat kelulusan pada tahun 1972.

Pembinaan bangunan ILK Kuantan telah menelan belanja sebanyak RM 4,889,000.00 manakala kos kelengkapan asrama dan pendidikan sebanyak RM 1,000,000.00.

Institut Latihan KEMAS terletak berhampiran kawasan Perumahan Medan Tok Sira, Mukim Kuala Kuantan di daerah Kuantan, Pahang. Jarak antara Institut ini dengan Bandar Kuantan adalah 5 kilometer iaitu melalui jalanraya.

Kedudukan Institut latihan ini begitu strategik kerana ia terletak berhampiran dengan Jabatan-jabatan kerajaan yang lain seperti Jabatan Kimia, Jabatan Pengangkutan Jalan, Maktab Rendah Sains MARA dan Institut Kemajuan Ikhtisas Pahang. Kedudukannya juga berhampiran dengan Pusat Peranginan Pantai Teluk Chempedak dengan jarak lebih kurang 2.5 kilometer.

 

Objektif
  1. Menjadikan  Masyarakat luar bandar yang kompeten, berdaya saing dan berdikari, memantapkan  sosio  emosi , fizikal, intelek  dan  rohani serta menguasai kemahiran asas 4 M kepada kanak – kanak berumur di bawah 6 tahun dan memastikan sistem penyampaian yang berkesan.

 

Fungsi / Program
  1. Menjalankan latihan Persijilan Pendidikan Awal Kanak – Kanak.

  2. Menjalankan latihan dalam perkhidmatan kepada anggota KEMAS, Penyelia dan Pemaju Masyarakat.

  3. Menjalankan latihan bengkel keibubapaan, kemahiran dan kepimpinan

  4. Menyediakan kemudahan kepada Jabatan Kerajaan dan agensi swasta untuk kegiatan masyarakat.

 

Peta Lokasi

** Sila klik gambar untuk lihat lebih jelas.

kemas

 

Carta Organisasi

** Sila klik gambar untuk lihat lebih jelas.

kemas

 

Kemudahan

kemaskemaskemaskemaskemaskemaskemaskemaskemaskemaskemaskemas

 

Isu / Masalah
  1. PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN:
    1. Sistem ‘filing’ dalam proses pernambahbaik sistem.
    2. Masalah memasukkan sistem HRMIS(cuti) yang baru diaplikasi dalam Jabatan KEMAS
  2. KEWANGAN:
    1. Kakitangan ILK Kuantan perlu diberi latihan dan pendedahan berterusan berkenaan sistem kewangan bagi memantapkan lagi sistem dan kemahiran kakitangan yang ada
    2. Institut Latihan Kemas Kuantan masih kekosongan jawatan seperti berikut:
      1. Penyelia Asrama
      2. Juruteknik Komputer
      3. Pegawai Pusat Sumber
  3. INSFRASTRUKTUR:
    1. Komputer yang ada perlu dinaiktarafkan dan penambahan komputer baru.
    2. Penambaikkan kelajuan sistem jalur lebar (internet).
    3. Memerlukan mesin pencetak ‘heavy duty’ untuk menerbitkan majalah Titian ILK Kuantan
    4. Kenderaan yang sedia ada telah melebihi 10 tahun dan perlu diganti dengan kenderaan baru kerana bas dan trooper yang ada melebihi 10 tahun
    5. Bekalan eletrik yang sedia ada perlu di buat pendawaian semula dan di tambah kapasiti angkadar eletrik bagi menampung penggunaan eletrik di ILK Kuantan.

 

Cadangan Penambahbaikan
  1. Memerlukan tempat parkir kereta yang lebih sesuai bagi kakitangan yang telah bertambah.
  2. Bangunan lama iaitu kuarters,surau dan asrama memerlukan penyelenggaraan.
  3. Memerlukan tambahan bilik kuliah kerana yang sedia ada tidak mencukupi
  4. Menambahkan tandas awam yang sedia ada kerana tidak mencukup
  5. Jalan yang sedia ada perlu diturap semula.Konsep pelan pejabat terbuka adalah dicadangkan kerana lebih sesuai dan menjimatkan ruang.
  6. Konsep pelan pejabat terbuka adalah dicadangkan kerana lebih sesuai dan menjimatkan ruang.

 

Lain-lain
  1. ILK Kuantan mempunyai landskap yang menarik
  2. Tapak semaian herba dan rumah hijau dibina di ILK Kuantan
  3. Pernah memenangi Pertandingan Halaman Indah Peringkat Daerah Kuantan 2003, Naib Johan bagi kategori Kolej Institut Pendidikan dan Latihan

Program-program KEMAS

gambar

Pendidikan Awal Kanak-Kanak

TABIKA & TASKA Bertanggungjawab ke atas pelaksanaan pend...

Lihat Sepenuhnya
gambar

Pendidikan Kemahiran

     UNIT PENDIDIKAN KEMAHIRAN &nbs...

Lihat Sepenuhnya
gambar

Pembangunan Komuniti

    SEKSYEN KESEJAHTERAAN DESA ...

Lihat Sepenuhnya
gambar

Latihan dan Pembangunan Profesional

     KURSUS SIJIL PENDIDIKAN AWAL KANAK-KA...

Lihat Sepenuhnya