Direktori | Webmel Staf etika4 facebookutube2rss mobile small
Color Color Color
Bahasa Lain
A- A A+
1akses

Polisi ePenyertaaan

Objektif e-Penyertaan adalah untuk melibatkan rakyat dalam proses membuat keputusan melalui penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi. Antara Saluran komunikasi yang digunakan adalah seperti Maklum Balas Pertanyaan, Undian, Emel dan Media Sosial agensi iaitu Facebook.

KEMAS amat mengalu-alukan penyertaan dengan mematuhi terma dan syarat penyertaan yang telah ditetapkan seperti berikut:

  • Sebarang kenyataan yang menyentuh sensitiviti sesama kaum, agama dan politik adalah dilarang sama sekali.
  • Dilarang menjatuhkan maruah, menyerang peribadi & mengeluarkan kenyataan yang boleh menyinggung perasaan peserta yang lain.
  • Kawal kenyataan anda, elakkan dari mengeluarkan bahasa kesat dan kenegerian.
  • Tidak digalakkan bersembang atau menghantar ayat yang lari daripada topik utama.
  • Topik dan link ke laman web LUCAH adalah DILARANG sama sekali.
  • Pastikan kenyataan/topik anda tidak menyalahi peraturan ‘COPYRIGHT LAW’, ‘TRADEMARK’, ‘PATENT’ dan lain-lain.

DILARANG menggunakan ruangan e-Penyertaan ini sebagai tempat untuk menjalankan sebarang peraduan, skim piramid, skim cepat kaya, skim duit internet, surat berantai, e-mail sampah (junk e-mail) samada secara komersil atau sebaliknya.

Tidak dibenarkan memuat naik fail-fail yang mengandungi virus-virus komputer seperti virus “Trojan Horses”, “worms”, “time bombs”, “cancel boots” atau apa-apa sahaja perisian atau program-program yang boleh merosakkan operasi sesebuah komputer pengguna yang lain.

Pihak pentadbir ruangan e-Penyertaan di dalam mana-mana keadaan tidak mengesahkan, menyokong, mewakili atau menjamin sebarang kebenaran, ketepatan atau kebolehpercayaan mana-mana kenyataan/topik yang di buat di dalam ruangan e-Penyertaan ini. Individu itu sendiri seharusnya faham bahawa sebarang risiko berhubung kebolehpercayaan sesuatu bahan di dalam ruangan ini adalah ditanggung oleh individu itu sendiri.

Pihak pentadbir ruangan e-Penyertaan berhak meminda dan memadam mana-mana kenyataan/topik pada bila-bila masa tanpa memaklumkan kepada penulis kenyataan/topik berkenaan.

Pihak pentadbir ruangan e-Penyertaan berhak meminda Polisi dan Garis Panduan e-Penyertaan ini pada bila-bila masa tanpa sebarang pengumuman/notis.

Sebagai peserta atau mengeluarkan kenyataan dalam ruangan e-Penyertaan ini, anda termaktub dengan terma dan syarat Garis Panduan e-Penyertaan.

Program-program KEMAS

gambar

Pendidikan Awal Kanak-Kanak

TABIKA & TASKA Bertanggungjawab ke atas pelaksanaan pend...

Lihat Sepenuhnya
gambar

Pendidikan Kemahiran

     UNIT PENDIDIKAN KEMAHIRAN &nbs...

Lihat Sepenuhnya
gambar

Pembangunan Komuniti

    SEKSYEN KESEJAHTERAAN DESA ...

Lihat Sepenuhnya
gambar

Latihan dan Pembangunan Profesional

     KURSUS SIJIL PENDIDIKAN AWAL KANAK-KA...

Lihat Sepenuhnya