Direktori | Webmel Staf etika4 facebookutube2rss mobile small
Color Color Color
Bahasa Lain
A- A A+
1akses

Unit Pengurusan Maklumat

Pengenalan

Unit Pengurusan Maklumat atau dengan nama singkatnya Unit ICT merupakan satu perjawatan guna sama bagi skim Sistem Maklumat (F) di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Unit ICT Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) mula diwujudkan mengikut Waran Perjawatan Bil. E/8 2002 dan mula berkuat kuasa pada 1 April 2002. Unit ini merupakan perancang sistem maklumat KEMAS dengan menyediakan kepakaran dan keperluan untuk sistem maklumat. Unit ini juga melaksanakan pemantauan dari segi perkakasan dan perisian agar tahap penggunaan instrumen ICT dapat dilaksanakan secara optimum.

Objektif
  1. Bertanggungjawab dalam melaksanakan dasar-dasar ICT dan membudayakan amalan penggunaan ICT di kalangan kakitangan KEMAS.
  2. Mewujudkan sistem maklumat KEMAS yang lengkap dan beroperasi secara cekap dan berkesan selaras dengan perkembangan teknologi maklumat.
  3. Memupuk sikap positif di kalangan anggota KEMAS dan masyarakat luar bandar ke arah pembangunan teknologi maklumat.
  4. Menyediakan satu pangkalan data KEMAS yang bersepadu dan bersistematik untuk diaplikasikan dan dijana di seluruh Malaysia.
  5. Mengurangkan dan mengimbangi jurang digital dan teknologi maklumat di kalangan masyarakat luar bandar.
Fungsi
  1. Merangka dan menyelaras dasar-dasar Unit Pengurusan Maklumat.
  2. Melaksanakan pemantauan dan penyelenggaraan ke atas rangkaian komputer.
  3. Merancang, membangun dan menyelenggara pangkalan data KEMAS.
  4. Melaksanakan pembangunan dan menyelenggara sistem aplikasi mengikut keperluan Jabatan
  5. Membangunkan, menyelenggara serta mengemas kini Laman Web KEMAS.
  6. Menyediakan, memantau dan menyelenggara Sistem E-mel KEMAS.
  7. Menyediakan kepakaran dan keperluan untuk sistem maklumat di KEMAS.
  8. Melaksanakan penyelenggaraan dan pengemaskinian ke atas keseluruhan Sistem Server KEMAS dari masa ke semasa.
  9. Membangun dan menyelenggara Sistem Server KEMAS dari masa ke semasa.
  10. Memberikan perkhidmatan sokongan dan khidmat nasihat ICT secara berterusan dan sentiasa memberikan informasi yang terkini.
  11. Memberi khidmat bantuan dan sokongan dalam penggunaan Sistem Aplikasi E-Kerajaan (SPPII, e-SPKB, HRMIS, ePerolehan) serta Sistem Aplikasi KEMAS kepada kakitangan KEMAS dan orang awam.
Carta Organisasi

** Klik gambar untuk lihat lebih jelas.
carta organisasi Pengarah-pengarah KEMAS Negeri

Program-program KEMAS

gambar

Pendidikan Awal Kanak-Kanak

TABIKA & TASKA Bertanggungjawab ke atas pelaksanaan pend...

Lihat Sepenuhnya
gambar

Pendidikan Masyarakat

Unit Kemahiran & Unit Literasi. Bertanggungjawab ke atas...

Lihat Sepenuhnya
gambar

Pembangunan Desa

Unit Pembangunan Desa & Unit Usahawan Mempertingkatkan t...

Lihat Sepenuhnya
gambar

Pembangunan Modal Insan

Unit Pendidikan Kerohanian & Unit Pembangunan Keluarga. ...

Lihat Sepenuhnya