Info Terkini:
Tiada berita terkini buat masa ini

UNIT INTEGRITI

PENGENALAN

 

Unit Integriti KEMAS telah diwujudkan selaras dengan keputusan kerajaan untuk menubuhkan Unit Integriti sebagai focal point   kepada pengurusan isu-isu berkaitan integriti disemua agensi awam seperti yang dinyatakan di dalam Pekeliling Perkhidmatan Bil. 6 Tahun 2013 yang berkuatkuasa pada 1 Ogos 2013. Unit Integriti KEMAS bertanggungjawab mengurus dan melaksanakan inisiatif-inisiatif penginstitusian integriti, pencegahan, pematuhan, pengesanan salahlaku dan tindakan punitif secara lebih fokus dan terancang.

Ia bertujuan untuk memastikan kakitangan KEMAS mengamalkan budaya kerja yang unggul dengan ciri- ciri moral dan etika yang kukuh lagi bagi membendung salahlaku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan serta etika organisasi.

Enam (6) fungsi teras Unit Integriti :

  1. Pengukuhan Integriti – memastikan pelaksanaan dan penginstitusian integriti dalam organisasi.
  2. Pengurusan aduan – menerima dan mengambil tindakan ke atas semua aduan/maklumat mengenai salahlaku dan pelanggaran integriti kakitangan KEMAS
    • Aduan diselesaikan sekurang-kurangnya 15 hari bekerja
  3. Pengesanan dan  Pengesahan – mengesan dan  mengesahkan aduan salahlaku bersifat  jenayah hendaklah dilaporkan kepada agensi penguatkuasaan yang bertanggungjawab.
  4. Tatatertib – melaksanakan fungsi urusetia Lembaga Tatatertib bagi kakitangan tetap/kontrak.
  5. Pematuhan – Memastikan pematuhan terhadap system dan prosedur  kerja serta mencadangkan penambahbaikan.
  6. Tadbir urus – memastikan pelaksanaan tadbir urus secara efektif.

Unit Integriti terdiri daripada tiga (3) cawangan iaitu :

  1. Cawangan Pengukuhan Integriti dan Pengurusan Aduan
  2. Cawangan Tadbir Urus dan Pematuhan
  3. Cawangan Pengesanan, Pengesahan dan Tatatertib

Pelaksanaan Program Utama Unit

Cawangan Pengukuhan Integriti dan Pengurusan Aduan

Cawangan ini bertanggungjawab menyelaras :

  • Pembudayaan  dan pengukuhan integriti kakitangan KEMAS
  • Menerima dan mengambil tindakan atas aduan tentang pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi.

Cawangan Tadbir Urus dan Pematuhan

Cawangan ini bertanggungjawab dalam hal seperti berikut:

  • Memastikan pematuhan terhadap arahan dan peraturan yang berkuatkuasa
  • Memastikan tadbir urus KEMAS dilaksanakan secara efektif

Cawangan Pengesanan, Pengesahan dan Tatatertib

Cawangan ini bertanggungjawab dalam hal seperti berikut:

  • Menjalankan siasatan terhadap aduan dan salahlaku jenayah dan pelanggaran integriti di kalangan kakitangan.
  • Menyediakan laporan jenayah yang dilaporkan kepada agensi penguatkuasaan yang bertanggungjawab.
  • Menjadi urusetia kepada Lembaga Tatatertib serta menyelaras dan melaksanakan tindakan ke atas pelanggaran integriti.

 

Program-program KEMAS

gambar

Pendidikan Awal Kanak-Kanak

TABIKA & TASKA Bertanggungjawab ke atas pelaksanaan pend...

Lihat Sepenuhnya
gambar

Pendidikan Kemahiran

     UNIT PENDIDIKAN KEMAHIRAN &nbs...

Lihat Sepenuhnya
gambar

Pembangunan Komuniti

    SEKSYEN KESEJAHTERAAN DESA ...

Lihat Sepenuhnya
gambar

Latihan dan Pembangunan Profesional

     KURSUS SIJIL PENDIDIKAN AWAL KANAK-KA...

Lihat Sepenuhnya