Direktori | Webmel Staf etika4 facebookutube2rss mobile small
Color Color Color
Bahasa Lain
A- A A+
1akses

Bahagian Perolehan

Info
  1. Bahagian Perolehan diwujudkan pada tahun 2002 selepas penyusunan semula KEMAS dilakukan. Bahagian Perolehan bertanggungjawab merancang serta mengurus perolehan jabatan bagi bekalan dan perkhidmatan melalui pembelian terus,sebutharga, tender atau e-bidding serta mengendalikan urusan yang berkaitan dengan aset dan inventori kerajaan di KEMAS.
  2. Unit Pengurusan Aset (UPA ) di KEMAS diwujudkan pada 15 Nov 2009 dan telah ditempatkan di Bahagian Perolehan. Ia berselaras dengan surat pekelililing Jabatan Perkhidmatan Persekutuan. Penwujudan UPA ini melibatkan pengurusan asset alih dan pengurusan stor diseluruh Malaysia. Unit ini menjalankan dua (2) fungsi iaitu Pengurusan Aset Alih dan Pengurusan Stor Pengurusan Aset dan Stor ini meliputi pengurusan dari proses penerimaan sehingga kehilangan hapus kira.
Objektif
  1. Mengurus dan menyelaras perolehan bekalan dan perkhidmatan serta pengurusan aset dan inventori Jabatan KEMAS mengikut peraturan dan tatacara kewangan yang telah ditetapkan.
Piagam Pelanggan Pengurusan Perolehan

Kami adalah komited memberi khidmat bekalan yang cekap dan berkesan:

  1. Memastikan semua bekalan di Bahagian Perolehan sentiasa mencukupi untuk keperluan Bahagian di KEMAS Ibu Pejabat
  2. Memastikan mutu bekalan berkualiti serta harga perolehan adalah berpatutan
  3. Permintaan pelanggan dipenuhi dalam tempoh 1 minggu dari tarikh permohonan diterima (bergantung kepada jenis permohonan)
  4. Bekalan diserah kepada pelanggan dalam tempoh 3 hari dari tarikh permohonan diterima (bergantung kepada jenis permohonan , tarikh dan masa diterima)
  5. Surat setuju terima hendaklah dikeluarkan kepada pelanggan dalam tempoh yang ditetapkan selepas dari tarikh kelulusan Lembaga Perolehan.
  6. Salinan dokumen kontrak hendaklah diedarkan kepada pelanggan dan syarikat pembekal dalam tempoh yang ditetapkan
  7. Penerimaan barang hendaklah diselesaikan dalam tempoh empat puluh lapan jam (48) jam, ( bergantung pada jenis barangan yang diterima)
  8. Bil-bil pelanggan hendaklah dimasukkan ke dalam sistem E-Perolehan dalam tempoh dua hari selepas tarikh diterima.
Piagam Pelanggan Pengurusan Aset dan Stor
  1. Memastikan setiap asset yang diterima menepati speksifikasi
  2. Memastikan asset baru didaftarkan dalam tempoh dua (2) minggu selepas asset diterima.
  3. Memastikan permohonan penggunaan asset guna sama diproses dalam tempoh tiga (3) hari selepas permohonan diterima
  4. Memastikan penyelenggaraan asset dilaksanakan sekurang-kurangnya satu (1) bulan sekali kecuali yang telah ditetapkan tempoh bagi setiap penyelenggaraan yang bermaksud penyelenggaraan berkala.
  5. Memastikan pelupusan diselesaikan dalam tempoh tiga (3) bulan selepas permohonan diterima
  6. Memastikan kehilangan dan hapus kira diselesaikan dalam tempoh empat (4) bulan dari tarikh kehilangan
  7. Memastikan stok bekalan pejabat yang dipohon diproses tiga (3) hari selepas permohonan
  8. Memastikan sistem SPA dan SPS digunakan secara optimum.
Fungsi Utama Pengurusan Perolehan
  1. Merancang mengurus dan melaksanakan urusan sebutharga, tender dan e-bidding.
  2. Mengadakan pembelian terus barangan mengikut keperluan Bahagian/Unit berkaitan dengan mengikut peraturan dan tatacara kewangan yang telah ditetapkan
  3. Mengemaskini harta modal, inventori dan bekalan pejabat.
  4. Menyelaras dan menguruskan barangan keperluan bagi KEMAS Ibu Pejabat dan Negeri
  5. Membuat pemantauan bagi tender yang telah dibekalkan, menyemak rekod aset yang telah direkodkan.
  6. Memastikan sistem E-Perolehan, E-Bidding dan E-SPKB digunapakai secara efisyen dan sepenuhnya.
  7. Menyediakan Laporan Pengurusan Perolehan /Urusetia Taklimat Perolehan
  8. Mengurus dan Menyelaras kursus dan bengkel berkaitan Sistem Eperolehan
Fungsi Utama Pengurusan Aset
  1. Menguruskan asset alih Jabatan meliputi proses penerimaan , pendaftaraan,penggunaan , penyimpanan , pemeriksaan,penyelenggaraan, pelupusan, kehilangan dan hapus kira.
  2. Menguruskan pelantikan pegawai berhubung tugas pengurusan asset & stor
  3. Merancang dan Mengurus bekalan stor pejabat
  4. Bertanggungjawab ke atas proses penerimaan pendaftaraaan penyimpanan dan pengeluaran stok pelupusan dan kehilangan
  5. Menyelaras dan Menyediakan Laporan Tahunan Aset dan Stor Jabatan
  6. Mengurus dan Menyelaras bengkel berkaitan pengurusan asset dan stor kakitangan Jabatan
Carta Organisasi

** Sila klik gambar untul lihat lebih jelas.
carta-organisasi-perolehan

Pekeliling Berkaitan Perolehan Sebutharga Dan Tender
  1. SPP Bil 5 Tahun 2007
  2. SPP Bil 5 Tahun 2009
  3. SPP Bil 1 Tahun 2014
  4. Kod Bidang Yg Terbaru Dari MOF Untuk Rujukan Pembekal
Aset
  1. Tatacara Aset
  2. Tatacara Stor

Program-program KEMAS

gambar

Pendidikan Awal Kanak-Kanak

TABIKA & TASKA Bertanggungjawab ke atas pelaksanaan pend...

Lihat Sepenuhnya
gambar

Pendidikan Masyarakat

Unit Kemahiran & Unit Literasi. Bertanggungjawab ke atas...

Lihat Sepenuhnya
gambar

Pembangunan Desa

Unit Pembangunan Desa & Unit Usahawan Mempertingkatkan t...

Lihat Sepenuhnya
gambar

Pembangunan Modal Insan

Unit Pendidikan Kerohanian & Unit Pembangunan Keluarga. ...

Lihat Sepenuhnya