Direktori | Webmel Staf etika4 facebookutube2rss mobile small
Color Color Color
Bahasa Lain
A- A A+
1akses

Pengurusan dan Pemakanan

Pengenalan

Bahagian Pengurusan dan Pemakanan adalah unit baru yang diwujudkan di bawah Penyusunan Semula struktur KEMAS pada awal tahun 2003. Tujuan penubuhan Bahagian ini adalah untuk memastikan keperluan Pendidikan Awal Kanak-Kanak dan personel dapat dirancang dan dilaksanakan dengan lebih sempurna. Bahagian ini juga bertanggungjawab untuk memastikan segala keperluan dan kemudahan alat-alat kelengkapan yang bersesuaian untuk Pendidikan Awal Kanak-Kanak.

Pewujudan Bahagian Pengurusan dan Pemakanan juga adalah untuk memastikan program Makanan Tambahan kepada kanak-kanak TABIKA dan TASKA dapat berjalan dengan lancar dan betul dari segi kualiti, kuantiti dan jenis makanan yang ditetapkan.

Objektif
  1. Memberi pendedahan dan kemahiran tentang amalan diet seimbang, keselamatan makanan dan gaya hidup sihat
  2. Merancang menu makanan tambahan untuk kanak-kanak mengikut resepi dan komposisi zat makanan yang betul
  3. Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam status pemakanan khususnya untuk imbangan berat untuk tinggi kanak-kanak dengan cara yang betul, tepat boleh merekod dan membuat laporan dan
  4. Merancang pelaksanaan aktiviti berkaitan diet seimbang, keselamatan makanan dan gaya hidup sihat di peringkat negeri dan parlimen.
Fungsi

Pentadbiran Pengurusan & Perjawatan

  1. Memastikan pelaksanaan organisasi Bahagian.
  2. Menyusun dan melaksanakan struktur organisasi Bahagian.
  3. Menentukan agihan tugas pegawai dan kakitangan mengikut fungsi.
  4. Menyediakan Laporan Tahunan Bahagian.
  5. Menyelaras keperluan, pengambilan dan penempatan pegawai dan kakitangan Bahagian.
  6. Mengurus penilaian prestasi tahunan dan urusan perkhidmatan pegawai dan kakitangan Bahagian.
  7. Merancang keperluan latihan dalam perkhidmatan dan kerjaya.

Pengurusan Dasar

  1. Merangka dan menyelaras dasar-dasar Bahagian selaras dengan dasar Pendidikan Pra-Sekolah.

Kewangan

  1. Menyelaras keperluan peruntukan pengurusan.
  2. Merangka dan mengenalpasti barangan perkhidmatan dan keperluan yang akan diperolehi.
  3. Menyediakan spesifikasi, ciri, jenis dan kategori barangan perkhidmatan dan keperluan yang diperolehi.
  4. Menyediakan anggaran kos bagi barangan perkhidmatan dan keperluan yang akan diperolehi.
  5. Mengenalpasti sumber-sumber bekalan dan perkhidmatan dan keperluan yang diperlukan.
  6. Menyediakan dan menyelaras agihan peruntukan pengurusan dan pembangunan mengikut negeri dan aktiviti projek.

Pemakanan dan Kesihatan

  1. Menyediakan rancangan pemakanan dan kesihatan tahunan kanak-kanak di TABIKA KEMAS.
  2. Menyediakan panduan program pemakanan dan kesihatan di TABIKA KEMAS.
  3. Menjalankan pemantauan ke atas program amalan pemakanan dan kesihatan kepada kanak-kanak di TABIKA dan TASKA KEMAS.
Carta Organisasi

** Klik gambar untuk lihat lebih jelas.
Carta Organisasi Pengurusan dan Pemakanan

Program-program KEMAS

gambar

Pendidikan Kemahiran

.    UNIT PENDIDIKAN KEMAHIRAN ...

Lihat Sepenuhnya
gambar

Pembangunan Komuniti

    SEKSYEN KESEJAHTERAAN DESA ...

Lihat Sepenuhnya
gambar

Pendidikan Awal Kanak-Kanak

TABIKA & TASKA Bertanggungjawab ke atas pelaksanaan pend...

Lihat Sepenuhnya