Direktori | Webmel Staf etika4 facebookutube2rss mobile small
Color Color Color
Bahasa Lain
A- A A+
1akses

Latihan dan Kemajuan Kerjaya

Pengenalan

Mulai April 2002, Bahagian Kemajuan Masyarakat telah dinaiktaraf kepada status jabatan. Di mana struktur organisasinya telah berkembang yang memperlihatkan pertambahan jawatan dan bilangan personel sama ada di KEMAS Ibu Pejabat, negeri, daerah dan juga di Institut dan Pusat Latihan KEMAS. Perubahan tersebut telah dibuat bagi mempertingkatkan lagi kekuatan jabatan untuk melaksanakan program-program non-formal secara lebih berkesan kepada semua lapisan masyarakat bagi memenuhi keperluan pendidikan sepanjang hayat yang telah menjadi hasrat Kerajaan dalam mencapai status sebagai sebuah Negara maju.

Justeru itu, dalam mencapai hasrat diatas, adalah perlu untuk Jabatan ini melengkapkan kakitangan/personel KEMAS dalam aspek pengetahuan dan kemahiran dari masa ke semasa selaras dengan perubahan dasar kerajaan. Pelbagai program latihan samada program pra perkhidmatan, dalam perkhidmatan dan pembangunan kerjaya telah diadakan secara berterusan mengikut bidang tugas dan keperluan semasa bagi membentuk personel KEMAS yang lebih berinfomasi, berintegriti dan berkemahiran mengikut bidang masing-masing. Ini secara langsung akan memastikan perkhidmatan yang diberikan kepada masyarakat adalah menepati kehendak semasa dan juga sejajar dengan hasrat Kerajaan untuk menjadikan perkhidmatan awam bertaraf dunia di Malaysia.

Objektif

Meningkatkan ilmu pengetahuan, kemahiran, profesionalisme dan membentuk sikap positif pegawai dan kakitangan serta pemimpin komuniti untuk membangunkan pengupayaan (Capacity Building) bagi memberi perkhidmatan yang berkualiti kepada masyarakat luar bandar.

Fungsi
  1. Memberi pengetahuan dan kemahiran asas kepada bakal Pemaju Masyarakat KEMAS melalui latihan pra perkhidmatan
  2. Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran kakitangan KEMAS menerusi latihan dalam perkhidmatan yang memberi penekakan kepada Pembangunan Masyarakat.
  3. Memastikan semua anggota mengikuti kursus wajib selaras dengan kehendak Sistem Saraan Malaysia dan keperluan Jabatan.
  4. Menyedia peluang peningkatan diri dan kerjaya serta memberi khidmat nasihat bagi merealisasikan potensi yang sedia ada.
  5. Menyedia peluang peningkatan diri dan kerjaya di dalam dan luar negara.
  6. Menyedia peluang latihan kepada Ahli Jawatankuasa aktiviti KEMAS.

 

Carta Organisasi

** Klik gambar untuk lihat lebih jelas.
Carta Organisasi

Program-program KEMAS

gambar

Pendidikan Awal Kanak-Kanak

TABIKA & TASKA Bertanggungjawab ke atas pelaksanaan pend...

Lihat Sepenuhnya
gambar

Pendidikan Masyarakat

Unit Kemahiran & Unit Literasi. Bertanggungjawab ke atas...

Lihat Sepenuhnya
gambar

Pembangunan Desa

Unit Pembangunan Desa & Unit Usahawan Mempertingkatkan t...

Lihat Sepenuhnya
gambar

Pembangunan Modal Insan

Unit Pendidikan Kerohanian & Unit Pembangunan Keluarga. ...

Lihat Sepenuhnya