Direktori | Webmel Staf etika4 facebookutube2rss mobile small
Color Color Color
Bahasa Lain
A- A A+
1akses

Kurikulum dan Naziran

Pengenalan

Bahagian Kurikulum dan Naziran merupakan bahagian yang bertanggungjawab ke atas perlaksanaan Taman Bimbingan Kanak-kanak (Tabika) dan Taman Asuhan Kanak-kanak (Taska) KEMAS.

Secara umumnya, tugas utama yang perlu diberi tumpuan ialah aspek pembangunan kanak-kanak melalui program pendidikan awal serta aspek-aspek perancangan, pentadbiran, pengurusan, pelaksanaan dan pemantauan semua program/aktiviti kurikulum atau ko-kurikulum Tabika dan Taska.

Bahagian Kurikulum dan Naziran berperanan menyediakan peluang belajar bagi kanak-kanak berumur 2 hingga 6 tahun serta menyediakan kemudahan pembelajaran bagi kanak-kanak supaya dapat belajar dengan selesa dan berkesan.
Selain itu, Bahagian ini juga perlu melibatkan ibu bapa dan masyarakat dalam proses pendidikan, pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak.

Pelaksanaan program pembangunan kanak-kanak adalah selaras dengan matlamat Falsafah baru Pembangunan Luar Bandar iaitu untuk membangunkan masyarakat luar bandar yang berkualiti serta menguasai nilai-nilai murni agar mereka dapar menggunakan faktor masa, maklumat dan sumber yang ada ke tahap yang paling optima.

Merujuk kepada tujuh (7) inisiatif yang digariskan bagi mencapai matlamat Falsafah dan Strategi Pembangunan Luar Bandar, 3 darinya iaitu inisiatif Pembangunan Manusia Cemerlang, Inisiatif pembangunan Keluarga Yang Sejahtera dan Inisiatif Pembangunan Masyarakat Yang Beridentiti dan Berdaya Tahan adalah berkaitan terus dengan KEMAS.

 

Objektif
  1. Menyediakan ruang belajar dan persekitaran yang kondusif di kelas-kelas Tabika dan Taska.
  2. Menyediakan kemudahan peralatan dan kelengkapan kelas-kelas Tabika dan Taska mengikut kesesuaian kurikulum.
  3. Melaksanakan Pendidikan Awal Kanak-kanak mengikut Kurikulum Pra Sekolah Kebangsaan, Kementerian Pendidikan dan Akta Asuhan Kanak-Kanak.
  4. Mengenalpasti keperluan latihan dalam aspek pengurusan ke arah peningkatan profesionalisme.
  5. Meningkatkan keberkesanan dan kecekapan pemantauan ke atas Program Pendidikan Awal Kanak-Kanak secara berkala dan berterusan untuk penambahbaikan dan pemantapan program.
  6. Memastikan alat bahan pengajaran dan pembelajaran bersesuaian dengan kurikulum.
  7. Melibatkan penyertaan aktif masyarakat dalam pengurusan program Pendidikan Awal Kanak-Kanak melalui Jawatankuasa Aktiviti.

 

Fungsi
  1. Menyelaras pengunaan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan dan Akta Pendidikan 1996 Pindaan 2002 di semua Tabika serta Modul Kursus Asas Asuhan Kanak-Kanak dan Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 di semua Taska.
  2. Merancang, menyelaras dan menyediakan laporan penilaian perkembangan kanak-kanak dari aspek kognitif, efektif dan psikomotor.
  3. Merancang, menyelaras, melaksana dan menilai latihan dalam perkhidmatan untuk meningkatkan profesionalisme personel prasekolah.
  4. Mengkaji, mengenalpasti kesesuaian, keperluan dan keberkesanan alat pendidikan, alat bantu mengajar, buku dan nilai tambah bahan-bahan tersebut untuk kegunaan di Tabika dan Taska.
  5. Merancang dan menyelaras bahan-bahan bercetak seperti Rancangan Aktiviti Harian (RAH), garis panduan dan sijil.
  6. Merancang, menyelaras dan menyediakan garis panduan serta modul pendidikan keibubapaan dan menyelaras pelaksanaannya.
  7. Membentuk dan menyelaras instrumen naziran serta mekanisme pemantauan di peringkat ibu pejabat, negeri dan daerah.
  8. Memantau dan memastikan pengunaan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan dan Akta Pendidikan 1996 Pindaan 2002 di semua Tabika dan Taska mengikut modul Kursus Asas Asuhan Kanak-Kanak dan Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984.
  9. Menyelaras laporan pemantauan setiap suku tahun dan tahunan untuk penambahbaikan dan peningkatan kualiti.
  10. Menganalisa data dan membuat perancangan serta unjuran perjawatan personel Tabika dan Taska untuk peluasan program khusunya di kawasan luar bandar, golongan berpendapatan rendah dan orang asli.
  11. Merancang, menyelaras dan melaksanakan kursus serta bengkel mengenai pengumpulan data dan maklumat, dokumentasi, pelaporan dan mengenalpasti benchmarking.
  12. Merancang dan menyelaras pelaksanaan aktiviti kokurikulum seperti Hari Potensi dan dan Petandingan Kebersihan, Keindahan dan Keselamatan (3K) di peringkat parlimen, daerah, negeri dan kebangsaan.
  13. Menjalinkan kerjasama dan perkongsian bijak dengan lain-lain agensi untuk meningkatkan keberkesanan pendidikan awal kanak-kanak.

 

Carta Organisasi

** Klik gambar untuk lihat lebih jelas.
Kurikulum  Naziran

Program-program KEMAS

gambar

Pendidikan Awal Kanak-Kanak

TABIKA & TASKA Bertanggungjawab ke atas pelaksanaan pend...

Lihat Sepenuhnya
gambar

Pendidikan Masyarakat

Unit Kemahiran & Unit Literasi. Bertanggungjawab ke atas...

Lihat Sepenuhnya
gambar

Pembangunan Desa

Unit Pembangunan Desa & Unit Usahawan Mempertingkatkan t...

Lihat Sepenuhnya
gambar

Pembangunan Modal Insan

Unit Pendidikan Kerohanian & Unit Pembangunan Keluarga. ...

Lihat Sepenuhnya