Direktori | Webmel Staf etika4 facebookutube2rss mobile small
Color Color Color
Bahasa Lain
A- A A+
1akses

Bina Insan

Latar Belakang

Bahagian Bina Insan mempunyai pelbagai aktiviti yang menjurus ke arah kemahiran insaniah (softskills), kerohanian, kekeluargaan dan kecemerlangan kendiri.

Dua aktiviti utama yang dilaksanakan oleh bahagian ini :

  1. Aktiviti Kelas Bina Insan
  2. Aktiviti Pembangunan Insan

Di dalam memastikan pelaksanaan aktiviti-aktiviti ini mencapai objektif yang telah digariskan dan memberikan impak serta faedah terhadap golongan sasar, maka instrumen dan kaedah pemantauan, penilaian dan pelaporan perlu dibangunkan. Instrumen ini dapat membantu pegawai dan kakitangan Bina Insan untuk memantau, menilai dan melaporkan aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan. Intrumen yang dibangunkan ini juga boleh digunakan oleh peserta aktiviti untuk menilai keberkesanan aktiviti yang dilaksanakan.

Bahagian Bina Insan telah mengaplikasikan instrumen pemantauan secara intensif bermula tahun 2008. Walau bagaimanapun, terdapat isu dari segi pelaksaannya. Justeru, berdasarkan isu-isu yang diperolehi pada tahun 2008, Bahagian Bina Insan telah menambahbaik instrumen yang akan digunakan bermula tahun 2009 dan tahun-tahun seterusnya.

Dengan adanya instrumen yang telah dikemaskini ini, Bahagian Bina Insan berharap, pihak KEMAS Negeri dapat menggunakan instrumen berkenaan dengan sebaiknya demi memastikan setiap aktiviti di dalam Program Bina Insan dapat memberikan kesan dan faedah secara langsung kepada masyarakat serta kualiti aktiviti dapat diukur dengan lebih efektif.

Kelas Bina Insan

Antara aktiviti utama Bahagian Bina Insan adalah pelaksanaan aktiviti Kelas Bina Insan. Kelas ini dilaksanakan oleh Pemaju Masyarakat dan juga Penyelia Bina Insan. Kebanyakan Kelas Bina Insan dilaksanakan di premis-premis awam di samping terdapat juga kelas yang dilaksanakan di premis KEMAS.

Seorang Pemaju Masyarakat ditugaskan untuk mengendalikan sebanyak 5 kelas yang berasingan dalam seminggu. Walau bagaimanapun, terdapat Pemaju Masyarakat yang mengendalikan lebih dari 5 kelas. Bagi Pemaju Masyarakat yang mengajar kurang dari 5 kelas, pihak KEMAS Negeri perlu memberikan perhatian yang serius terhadap anggota berkenaan. Penyelia Bina Insan juga dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan tugas pengajaran dan pembelajaran di Kelas Bina Insan dengan sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu.

Bagi memastikan pelaksanaan aktiviti ini berjalan dengan baik dan mengikut kurikulum Bina Insan yang ditetapkan, pemantauan dan penilaian terhadap kelas dan anggota perlu dilaksanakan. Melalui pemantauan dan penilaian ini, pelaksanaan kelas dapat ditambahbaik dan sebarang isu yang timbul dapat diselesaikan sama ada di peringkat negeri mahupun di peringkat ibupejabat KEMAS.

Memastikan pihak KEMAS Negeri dapat melaksanakan pemantauan, penilaian dan pelaporan aktiviti Kelas Bina Insan secara sistematik dan berkesan;

Memastikan dapatan pemantauan dan penilaian dapat digunakan bagi menambahbaik aktiviti Kelas Bina Insan dan mutu pengajaran & pembelajaran tenaga pengajar Bina Insan

Program Pembangunan Insan

Di samping pelaksanaan aktiviti Kelas Bina Insan, Bahagian Bina Insan juga melaksanakan pelbagai aktiviti kemasyarakatan dalam bentuk kemahiran insaniah (softskills) menggunakan peruntukan pembangunan.

Aktiviti Pembangunan Insan dipecahkan kepada 4 kluster iaitu :

KLUSTER Outreach

Wadah Semasa - Diskusi Ilmiah

KLUSTER Pemantapan Syiar Islam

  1. Sambutan Hari Kebesaran Islam
  2. Sambutan Maulidur Rasul
  3. Israk Mikraj
  4. Gema Ramadan
  5. Festival Kesenian Islam
  6. Gema Ramadhan

KLUSTER Amal Islami / Kemahiran

  1. Kursus Pengurusan Jenazah - KUPUJA
  2. Kursus Fasilitator Sembelihan - FASIH

KLUSTER Pembangunan Individu dan Keluarga

  1. Kem Remaja / Belia
  2. Motivasi – Kem Remaja Ideal
  3. Sukan – Kem Riadah Hadhari
Objektif
  1. Membimbing dan memantapkan kefahaman masyarakat Islam di dalam aspek kerohanian dan kemahiran fardu kifayah .
  2. Memperkukuhkan institusi kepemimpinan komuniti, masyarakat, keluarga dan individu berasaskan nilai-nilai murni melalui program pembangunan merentasi kepelbagaian agama, etnik dan ideologi.
  3. Membangun dan membina generasi muda yang mengamalkan nilai-nilai murni, berdisiplin, bersatu padu dan mempunyai jatidiri yang kukuh.
  4. Menyatupadukan peranan anggota Bina Insan dan para ilmuan luar sebagai wahana rujukan kepada masyarakat di dalam pelbagai disiplin keilmuan dan memperjelas dasar-dasar kerajaan.
Fungsi

Bahagian Bina Insan terbahagi kepada 2 unit yang mempunyai fungsi dan peranan masing-masing iaitu :

Unit Pendidikan Kerohanian

  1. Merancang, menyelaras dan memantau aktiviti Pembangunan Kerohanian iaitu Ikhtifal Kesenian Islam, Khemah Ibadah, Program Kefahaman Islam dan Sambutan Hari-Hari Kebesaran Islam
  2. Merancang, menyelaras dan memantau kelas Bina Insan
  3. Mengkaji dan mengemaskini kurikulum Pembangunan Kerohanian (Bina Insan) bersesuaian dengan kehendak dan keperluan semasa
  4. Merancang, menyelaras dan memantau peruntukkan tahunan
  5. Mengumpul, mengemaskini dan menganalisa rekod serta data aktiviti
  6. Merancang mengeluarkan risalah dan bahan bacaan yang berkaitan dengan Pembangunan Kerohanian dan dihantar kepada unit penerbitan untuk terbitan setiap tahun
  7. Menyediakan laporan tahunan
  8. Merancang, menyelaras dan memantau Pendidikan Agama Islam di kelas-kelas TABIKA KEMAS
  9. Berkerjasama dengan Agensi / Jabatan / Pertubuhan dan Persatuan Sukarela yang berkaitan dengan Pembangunan Kerohanian
  10. Merancang dan menyelaras program penjelasan terhadap isu-isu semasa berkaitan dengan agama Islam

Unit Pembangunan Keluarga

  1. Merancang, menyelaras dan memantau aktiviti Pembangunan keluarga iaitu Program Kesejahteraan Keluarga, Program Kemahiran Keibubapaan, Program Pembangunan Wanita dan Kerjaya, Program Fardhu Kifayah dan Kem Kecemerlangan / motivasi pelajar.
  2. Merancang, menyelaras dan memantau peruntukkan tahunan
  3. Merancang mengeluarkan risalah dan bahan bacaan yang berkaitan dengan Pembangunan keluarga dan dihantar kepada unit penerbitan untuk terbitan setiap tahun
  4. Menyediakan laporan tahunan
  5. Menyedia input pengajaran dan pembelajaran program Pembangunan Keluarga bagi Institut Latihan KEMAS
  6. Menyedia, mengkaji dan mengemaskini kurikulum dan ko-kurikulum Pembangunan Keluarga
  7. Berkerjasama dengan Agensi / Jabatan / Pertubuhan dan Persatuan Sukarela yang berkaitan dengan Pembangunan keluarga
  8. Merancang dan menyelaras program penjelasan terhadap isu-isu semasa berkaitan dengan kekeluargaan Islam
Senarai Tugas Penyelia

SENARAI TUGAS PENYELIA BINA INSAN (S 17)

Pentadbiran Dan Kewangan

  1. Mengurus rekod-rekod berkaitan profil Pemaju Masyarakat Bina Insan, profil kawasan, kegiatan dan aktiviti Bina Insan.
  2. Mengawal selia inventori dan harta modal yang berkaitan dengan Bina Insan di Parlimen.
  3. Menghadiri Mesyuarat Penyelia-penyelia Bina Insan peringkat Negeri.
  4. Mempengerusi Mesyuarat bagi Pemaju Masyarakat Bina Insan peringkat Parlimen.
  5. Bertanggungjawab menetapkan Sasaran Kerja Tahunan (SKT) dan membuat Penilaian Prestasi Tahunan Pemaju Masyarakat Bina Insan.
Program Dan Aktiviti
  1. Bertanggungjawab menggerak Jawatankuasa aktiviti Bina Insan peringkat Parlimen.
  2. Membantu menyediakan anggaran peruntukan tahunan bagi aktiviti Bina Insan Peringkat Parlimen/Negeri.
  3. Menyemak perbelanjaan dan penyata kewangan Jawatankuasa Aktiviti Bina Insan.
  4. Merancang, melaksana dan menilai program / aktiviti Bina Insan di peringkat Parlimen.
  5. Merancang penubuhan / peluasan aktiviti Bina Insan di peringkat Parlimen.
  6. Merancang keperluan bahan pengajaran pembelajaran agama di peringkat Parlimen.
  7. Menyampaikan kuliah/ceramah secara berkala sekurang-kurangnya sekali seminggu di kelas-kelas Bina Insan atau aktiviti KEMAS yang lain.
  8. Mengendalikan Bengkel Pemantapan Tugas bagi Pemaju Masyarakat Bina Insan
  9. Mengadakan Pemantauan ke kelas-kelas Bina Insan
  10. Menjalin kerjasama dengan agensi / badan-badan lain dalam usaha penghayatan nilai-nilai agama Islam dalam masyarakat.
  11. Menyediakan laporan aktiviti Bina Insan kepada Pegawai KEMAS Daerah / Pegawai Operasi Negeri.
  12. Membantu Penyelia Kanan Perhubungan Kawasan menjalankan kerja-kerja perhubungan
  13. Membantu menyelesaikan permasalahan masyarakat dengan menyalurkan maklumat kepada pihak yang bertanggungjawab.
  14. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pegawai atasan dari masa ke semasa
Carta Organisasi

** Sila klik gambar untuk lihat lebih jelas.
carta organisasi bina insan

Program-program KEMAS

gambar

Pendidikan Kemahiran

.    UNIT PENDIDIKAN KEMAHIRAN ...

Lihat Sepenuhnya
gambar

Pembangunan Komuniti

    SEKSYEN KESEJAHTERAAN DESA ...

Lihat Sepenuhnya
gambar

Pendidikan Awal Kanak-Kanak

TABIKA & TASKA Bertanggungjawab ke atas pelaksanaan pend...

Lihat Sepenuhnya