Direktori | Webmel Staf etika4 facebookutube2rss mobile small
Color Color Color
Bahasa Lain
A- A A+
1akses

BAHAGIAN PENDIDIKAN KEMAHIRAN

PENGENALAN

 

Program Kemahiran KEMAS telah dilaksanakan sejak 1969 lagi yang dikenali dengan Kelas Latih Kerja. Tujuan program adalah untuk memberikan kemahiran menjahit, sulaman dan kraf tangan bagi keperluan diri, keluarga dan menambahkan pendapatan keluarga. Program ini dilaksanakan secara Pendidikan Non Formal dan dikendalikan oleh Pemaju Masyarakat KEMAS.

Dalam tahun 1970, Bahagian Pelajaran Dewasa telah distruktur semula dan dinamakan Bahagian Kemajuan Masyarakat (KEMAS) selaras dengan pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) iaitu dengan tujuan mengubah sikap masyarakat luar bandar menerima perubahan dan pembangunan yang progresif di samping memberikan latihan agar masyarakat terlibat secara aktif dalam usaha meningkatkan ekonomi. Penstrukturan semula Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) pada 19 Januari 2015 telah membawa kepada penjenamaan semula Bahagian Pendidikan Masyarakat kepada Bahagian Pendidikan Kemahiran.

Latihan yang diberi memfokuskan kepada enam (6) bidang kemahiran sejajar dengan visi bahagian untuk meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan penguasaan teknologi terkini di kalangan masyarakat luar bandar yang terdiri daripada:

  1. Masakan
  2. Jahitan
  3. Dandanan Diri
  4. Pendidikan Kesejahteraan Keluarga (PKK)
  5. Seni Tangan
  6. Komputer

Bertujuan untuk membimbing, meningkatkan kualiti modal insan luar bandar yang berkualiti dan melahirkan usahawan yang berdaya saing. Ini sejajar dengan salah satu misi KEMAS iaitu meningkatkan kompetensi masyarakat luar bandar supaya mampu berdikari untuk meningkatkan taraf kehidupan dari segi pendidikan, sosial dan ekonomi.

Bahagian ini mempunyai dua (2) unit utama iaitu :

  1. Unit Pendidikan Kemahiran
  2. Unit Pembangunan Akademik dan Pusat Bertauliah

AR2015 BAHAGIAN PENDIDIKAN KEMAHIRAN

 

Program-program KEMAS

gambar

Pendidikan Awal Kanak-Kanak

TABIKA & TASKA Bertanggungjawab ke atas pelaksanaan pend...

Lihat Sepenuhnya
gambar

Pendidikan Kemahiran

     UNIT PENDIDIKAN KEMAHIRAN &nbs...

Lihat Sepenuhnya
gambar

Pembangunan Komuniti

    SEKSYEN KESEJAHTERAAN DESA ...

Lihat Sepenuhnya
gambar

Latihan dan Pembangunan Profesional

     KURSUS SIJIL PENDIDIKAN AWAL KANAK-KA...

Lihat Sepenuhnya