Direktori | Webmel Staf etika4  facebook utube2 rss  mobile small
Color Color Color
A- A A+
1akses
Info Terkini:
Tiada berita terkini buat masa ini

BAHAGIAN DASAR DAN PERANCANGAN STRATEGIK

PENGENALAN

 

Penstrukturan semula Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) pada 19 Januari 2015 telah membawa penjenamaan semula Bahagian Perhubungan Awam kepada Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik. Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik (DRS) merupakan bahagian baru dalam KEMAS hasil daripada pengukuhan dan pemantapan fungsi Bahagian Perhubungan Awam serta penyelarasan semula fungsi perancangan yang sebelum ini dikendalikan oleh Bahagian Perancangan dan Pembangunan.

Bahagian ini berperanan untuk menyusun, memperkemas serta mengukuhkan pelan perancangan dan pelaksanaan program/aktiviti pembangunan KEMAS selari dengan kehendak stakeholder, keperluan semasa negara dan kumpulan sasar. Pada masa yang sama, Bahagian ini juga berperanan untuk memantapkan sistem pengumpulan dan penyaluran data serta maklumat dari peringkat akar umbi kepada pihak Kerajaan secara berkala dan sistematik. Selari dengan proses anjakan perubahan sosio-ekonomi politik negara, pendekatan dan strategi program/aktiviti KEMAS dilaksanakan mengikut keperluan dan kehendak stakeholder dan kumpulan sasar.

 

FUNGSI

 

Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik (DRS) bergerak seiring dalam usaha menyokong pembangunan dan mengukuhkan kawasan luar bandar, dengan merancang dan melaksanakan kerja-kerja pengumpulan data maklumat sosio politik diperingkat akar umbi bagi tujuan menyokong agenda pembangunan Negara.

Bahagian ini mempunyai enam (6) fungsi utama iaitu:

  1. Menyediakan rangka dasar dan strategi makro bagi Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) yang melibatkan hubungkait dengan penyediaan rangka rancangan jangka panjang dan rancangan lima tahun Malaysia oleh Agensi Pusat (khasnya Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri) serta penyelarasan dan tuntutan stakeholder KKLW.

  2. b. Memastikan segala perancangan dan pelaksanaan program/projek dilaksanakan mengikut matlamat dan dasar yang ditetapkan.

  3. Memastikan penjelasan dasar dan strategi KEMAS dan KKLW difahami oleh pelaksana, kumpulan sasar dan lain-lain pihak berkepentingan (stakeholder) program.

  4. Mempromosi dan meningkatkan penglibatan agensi-agensi kerajaan, pihak swasta dan badan bukan kerajaan (NGO) dalam program dan projek KEMAS.

  5. Merancang, menilai dan meningkatkan keberkesanan program-program Jabatan samada kajian secara dalaman atau out sourcing.

  6. Menyediakan pangkalan data Jabatan yang lengkap, meliputi data-data program dan projek untuk tujuan kajian, perancangan dan penilaian.

  7. Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik mempunyai tiga (3) seksyen utama iaitu:

 

 

  1. Seksyen Dasar dan Pembangunan Sosial

  2. Seksyen Perhubungan Strategik

  3. Seksyen Pengembangan Pendidikan

 

Seksyen Dasar dan Pembangunan Sosial

  1. Menyedia halatuju, blueprint dan roadmap Jabatan dalam jangka masa panjang, sederhana dan pendek

  2. Menyedia dan menyelaras dasar-dasar utama Jabatan

  3. Menilai dan mengkaji untuk memberi nilai tambah terhadap program-program KEMAS yang sedang dilaksanakan supaya terus releven

  4. Menyelaras program / aktiviti (takwim) Jabatan

  5. Menyediakan serta menyelaras Kertas Kerja Dasar dan Kertas Kabinet

  6. Menyelaras dan memantau penyediaan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) KEMAS

  7. Menyedia, menyelaras dan mengurus setia mesyuarat utama Jabatan (termasuk Mesyuarat Jawatankuasa Dasar, Mesyuarat Post-Cab)

  1. Menyelaras maklumbalas berkaitan Jemaah Menteri dan mesyuarat-mesyuarat utama

  2. Merangka modul dan Standard Operating Procedure (SOP) program pembangunan sosial

  3. Merangka Strategi Kerjasama Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) dengan Jabatan, agensi dan NGO

  4. Merangka dan menyedia bahan-bahan penerangan dasar-dasar dan isu-isu semasa

Seksyen Perhubungan Strategik

  1. Merancang, menyelaras dan memantau pelaksanaan aktiviti pengumpulan data dan maklumat

  2. Menyediakan laporan setiap tiga bulan sekali yang berperanan sebagai ‘bank data’ untuk kegunaan

  3. Jabatan dan bahagian-bahagian lain.

  4. Menyelaras dan mengumpul laporan profail kawasan

  5. Menyelaras dan mengumpul maklumat direktori pemimpin setempat

  6. Mengumpul dan menyediakan laporan isu semasa (rungutan rakyat) secara berkala

  7. Membuat kajian lapangan berhubung sesuatu isu.

Seksyen Pengembangan Pendidikan

  1. Merangka, menyediakan modul latihan dan bengkel untuk melatih seramai 17,998 anggota KEMAS, Pengerusi dan Ahli JKKK/P, Jawatankuasa Aktiviti KEMAS dan Pelajar IPTA / IPTS.

  2. Merancang dan melaksanakan bengkel, seminar latihan kepada Pengerusi dan Ahli JKKK/P, Jawatankuasa Aktiviti KEMAS dan Pelajar IPTA / IPTS.

  3. Melatih “master trainer” dan Training of Trainers (TOT) bagi mengendalikan latihan, bengkel dan seminar ketatanegaraan untuk kakitangan KEMAS,Pengerusi dan Ahli JKKK/P, Jawatankuasa Aktiviti KEMAS dan Pelajar IPTA / IPTS.

  4. Bekerjasama dengan agensi kerajaan untuk melaksana latihan dan bengkel kepada pelajar IPTA /IPTS

  5. di bawah KKLW dan Kementerian Pendidikan Malaysia.

  6. Memantau pelaksanaan bengkel dan latihan kakitangan KEMAS di negeri

  7. Membuat kajian impak pelaksanaan latihan dan bengkel.

 

AR2015 BAHAGIAN DASAR DAN PERANCANGAN STRATEGIK

Program-program KEMAS

gambar

Pendidikan Awal Kanak-Kanak

TABIKA & TASKA Bertanggungjawab ke atas pelaksanaan pend...

Lihat Sepenuhnya
gambar

Pendidikan Kemahiran

     UNIT PENDIDIKAN KEMAHIRAN &nbs...

Lihat Sepenuhnya
gambar

Pembangunan Komuniti

    SEKSYEN KESEJAHTERAAN DESA ...

Lihat Sepenuhnya
gambar

Latihan dan Pembangunan Profesional

     KURSUS SIJIL PENDIDIKAN AWAL KANAK-KA...

Lihat Sepenuhnya