Falsafah Pembangunan Luar Bandar ialah peningkatan kualiti hidup penduduk luar bandar melalui program-program dan usaha menjadikan kawasan luar bandar satu kawasan yang produktif, menarik, maju dan menguntungkan.

Ianya harus seimbang dengan pembangunan insan yang dinamis, meningkatkan pengetahuan dan kemahiran di kalangan kumpulan sasar untuk menggunakan faktor masa, sumber alam dan pengetahuan ke tahap optima.

Dengan demikian, pembangunan ekonomi dan kesejahteraan hidup keluarga sentiasa cemerlang dan dalam keredhaan Tuhan. Dari dimensi ini falsafah pembangunan luar bandar akan memberi fokus kepada pembangunan manusia oleh manusia. Instrumen pembangunan manusia adalah pendidikan seumur hidup.

Berasaskan pembangunan manusia itu sendiri, kerana manusia akan dapat menggunakan faktor masa dan sumber ke tahap paling optima supaya kadar pembangunan ekonomi dan kesejahteraan hidup keluarganya sentiasa dalam tahap kecemerlangan.