• Bahagian Pembangunan

    Bahagian Pembangunan dipertanggungjawab untuk merancang, menyelaras dan memantau peruntukan pembangunan.

  • Bahagian Pendidikan Kemahiran

    Bertujuan untuk membimbing, meningkatkan kualiti modal insan luar bandar yang berkualiti dan melahirkan usahawan yang berdaya saing.

  • Bahagian Pendidikan Kanak-Kanak

    Bahagian ini menyelaraskan dan menguruskan Program Pendidikan Awal Kanak-kanak mengikut Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984.

  • Unit Teknologi Maklumat

    Unit ini menyediakan keperluan berkaitan teknologi maklumat tidak kira samaada di Ibu Pejabat mahupun di KEMAS negeri. Selain itu, Unit ini juga turut melaksanakan pemantauan dari segi perkakasan dan perisian ICT agar tahap penggunaan instrument teknologi maklumat dapat dicapai secara optimum.

  • Bahagian Kewangan & Perolehan

    Bahagian ini bertanggungjawab memastikan pengurusan kewangan KEMAS berjalan dengan cekap dan teratur serta selaras mengikut Akta Acara Kewangan, Arahan Perbendaharaan, Pekeliling Perbendaharaan, Pekeliling Perkhidmatan dan lain-lain peraturan atau prosedur kewangan yang sedang berkuatkuasa.

  • Bahagian Latihan & Pembangunan Profesional

    Menyediakan program latihan dan pembangunan kerjaya bagi memastikan setiap anggota KEMAS melengkapkan diri dan dilengkapkan dengan sikap, kemahiran dan pengetahuan yang bersesuaian.

  • Bahagian Dasar & Perancangan Strategik

    Bahagian ini berperanan untuk menyusun, memperkemas serta mengukuhkan pelan perancangan dan pelaksanaan program/aktiviti pembangunan KEMAS selari dengan kehendak stakeholder, keperluan semasa negara dan kumpulan sasar.

  • Bahagian Pembangunan Komuniti

    Asas pewujudan bahagian ini adalah memfokuskan kepada program/ aktiviti dan projek untuk membangun dan memperkasakan minda, rohani dan semangat serta soft skills modal insan luar bandar ke arah pembangunan dan kemajuan negara.

  • Unit Integriti

    Bertujuan untuk memastikan kakitangan KEMAS mengamalkan budaya kerja yang unggul dengan ciri- ciri moral dan etika yang kukuh lagi bagi membendung salahlaku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan serta etika organisasi.