Bahagian Pendidikan Awal Kanak-Kanak menyelaraskan dan menguruskan Program Pendidikan Awal Kanak-kanak mengikut Kurikulum Standard   Pra sekolah   Kebangsaan (KSPK) di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984 di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta Dasar Asuhan dan Kurikulum PERMATA Negara adalah bagi Taska

Program Pendidikan Awal Kanak-Kanak KEMAS terbahagi kepada dua kategori iaitu:

  1. Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) : kanak-kanak 2 – 4 Tahun
  2. Taman Bimbingan Kanak-kanak (TABIKA) : Kanak-kanak 4 – 6 Tahun

Kanak-kanak berusia 2 – 4 tahun

8.00 Pagi – 6.00 Petang

SUMBER: AP 1 TAHUN 2018 PENGOPERASIAN DAN PERATURAN KUTIPAN BAYARAN TABIKA DAN TASKA PERMATA KEMAS

SUMBER: AP 1 TAHUN 2018 PENGOPERASIAN DAN PERATURAN KUTIPAN BAYARAN TABIKA DAN TASKA PERMATA KEMAS

  1. Kanak-kanak yang mempunyai status Warganegara Malaysia atau salah seorang ibubapa Warganegara.
  2. Terbuka untuk kanak-kanak berumur 2 hingga 4 tahun.
  3. Permohonan kemasukan ke TASKA PERMATA KEMAS tahun 2024 akan dibuka mulai 01 OGOS HINGGA 31 OKTOBER 2023
  4. Borang permohonan boleh dimuat turun melalui portal Jabatan Kemajuan Masyarakat (http://www.kemas.gov.my) serta di semua TASKA PERMATA KEMAS.
  5. Bilangan kanak-kanak di dalam sebuah kelas adalah terhad iaitu minimum 10 orang dan maksimum 30 orang (mengikut keluasan dalaman sesebuah kelas iaitu 3.5 meter bagi seorang kanak-kanak).
  6. Nisbah seorang Pemaju Masyarakat adalah 5 – 6 orang kanak-kanak.
  7. Borang pendaftaran yang telah lengkap diisi beserta dokumen yang berkaitan hendaklah dihantar terus ke TASKA PERMATA KEMAS yang berdekatan.
  8. Pihak Jawatankuasa Pemilihan TASKA akan mengeluarkan surat jawapan Terima/Tolak kepada ibubapa/penjaga kanak-kanak yang terlibat.
  9. Surat pemberitahuan permohonan Terima/Tolak akan dikeluarkan selewat-lewatnya pada minggu minggu keempat bulan November 2023.

Dokumen yang perlu dibawa semasa pendaftaran :-

  1. Salinan Sijil Kelahiran Kanak-kanak.
  2. Salinan kad pengenalan ibu dan bapa/penjaga.
  3. Slip gaji ibu dan bapa/penjaga.
  4. Dua (2) keping gambar kanak-kanak berukuran passport.
  5. Rekod kesihatan kanak-kanak.  (Bagi kanak-kanak yang ada masalah kesihatan)

Bagi mendapatkan maklumat lanjut , sila rujuk terus ke Taska yang dipohon atau menghubungi Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Negeri/Daerah yang berhampiran.