Bahagian Pendidikan Awal Kanak-Kanak menyelaraskan dan menguruskan Program Pendidikan Awal Kanak-kanak mengikut Kurikulum Standard   Pra sekolah   Kebangsaan (KSPK) di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984 di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta Dasar Asuhan dan Kurikulum PERMATA Negara adalah bagi Taska

Program Pendidikan Awal Kanak-Kanak KEMAS terbahagi kepada dua kategori iaitu:

  1. Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) :kanak-kanak 2 – 4 Tahun
  2. Taman Bimbingan Kanak-kanak (TABIKA) : Kanak-kanak 4 – 6 Tahun

Kanak-kanak berusia 4 – 6 Tahun

SUMBER: AP 1 TAHUN 2018 PENGOPERASIAN DAN PERATURAN KUTIPAN BAYARAN TABIKA DAN TASKA PERMATA KEMAS

SUMBER: AP 1 TAHUN 2018 PENGOPERASIAN DAN PERATURAN KUTIPAN BAYARAN TABIKA DAN TASKA PERMATA KEMAS

  1. Kanak-kanak yang mempunyai status Warganegara Malaysia atau salah seorang ibubapa Warganegara.
  2. Terbuka untuk kanak-kanak berumur 4 hingga 6 tahun (Keutamaan untuk kanak-kanak berumur 5 dan 6 tahun).
  3. Permohonan kemasukan ke TABIKA KEMAS tahun 2023/2024 akan dibuka mulai 01 OGOS hingga 31 OKTOBER 2023
  4. Borang permohonan boleh di muat turun melalui portal Jabatan Kemajuan Masyarakat (http://www.kemas.gov.my) serta di semua Tabika KEMAS.
  5. Bilangan kanak-kanak di dalam sebuah kelas adalah terhad iaitu minimum 10 orang dan maksimum 30 orang (mengikut keluasan dalaman sesebuah kelas iaitu 3.5 meter bagi seorang kanak-kanak).
  6. Bilangan kanak-kanak seramai 25 orang adalah yang terbaik bagi kapasiti sesebuah kelas.
  7. Borang pendaftaran yang telah lengkap diisi beserta dokumen yang berkaitan hendaklah dihantar terus ke TABIKA KEMAS yang berdekatan.
  8. Pihak Jawatankuasa Pemilihan TABIKA akan mengeluarkan surat jawapan Terima/Tolak kepada ibubapa/penjaga kanak-kanak yang terlibat.
  9. Surat pemberitahuan permohonan Terima/Tolak akan dikeluarkan selewat-lewatnya pada minggu keempat bulan November 2023.

Dokumen yang perlu di bawa semasa pendaftaran :-

  1. Salinan Sijil Kelahiran Kanak-kanak.
  2. Salinan kad pengenalan ibu dan bapa/penjaga.
  3. Slip gaji ibu dan bapa/penjaga.
  4. Dua (2) keping gambar kanak-kanak berukuran passport.
  5. Rekod kesihatan kanak-kanak (Bagi kanak-kanak yang ada masalah kesihatan) beserta rekod imunisasi.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut , sila rujuk terus ke Tabika yang dipohon atau menghubungi Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Negeri/Daerah yang berhampiran.