Pusat Latihan KEMAS Melaka,
Jalan Melor, Bukit Baru,
75150 Melaka
No. Tel : (06)- 282 4514 / No. Faks : (06)- 281 6827
(Pengetua : Encik Saharudin bin Sani)

Pusat Latihan KEMAS Melaka dibina pada tahun 1961 di atas tanah seluas 3 ekar 2 kaki. Ianya telah dirasmikan pada 15 Jun 1963 oleh Tun Abdul Ghafar bin Baba iaitu Ketua Menteri Melaka ketika itu. Pusat Latihan KEMAS Melaka asalnya dikenali dengan nama Taman Asuhan RIDA dibawah Kementerian Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar.
Pusat ini terletak di kawasan perumahan sederhana yang boleh dihubungi dalam jarak 6 km dari Pusat Bandar. Perjalanan dari Pusat Bandar mengambil masa lebih kurang 10 -15 minit menggunakan kenderaan awam. Pusat ini berfungsi sebagai Institusi Latihan yang menjalankan latihan pra perkhidmatan dan dalam perkhidmatan dan secara langsung diletakkan di bawah pentadbiran bahagian Latihan dan Kemajuan Kerjaya Ibu Pejabat KEMAS Putrajaya.
Tenaga kerja seramai 21 orang. Ianya adalah Pengetua, Ketua Tadbir Kanan, Pembantu Tadbir Kewangan, Pembantu Tadbir (P/O), Jurulatih Kanan, Jurulatih, Penyelia Asrama, Pembantu Penyediaan Makanan, Pembantu Operasi, Pemandu, Pemaju Masyarakat Khas Pusat Sumber dan Pemaju Masyarakat Literasi Komputer

  1. Memberi Latihan pra perkhidmatan kepada bakal Pemaju Masyarakat TABIKA, TASKA dan PKK
  2. Memberi Latihan dalam perkhidmatan kepada anggota KEMAS bagi meningkatkan mutu kerja
  3. Menggunakan kemudahan yang sediada untuk kakitangan, pihak KEMAS dan lain-lain Agensi.

Tempahan juga boleh dibuat melalui Portal Pusat Latihan Malaysia (MyTC) > http://www.1mtc.gov.my