Penstrukturan semula Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) pada 19 Januari 2015 telah membawa kepada penjenamaan semula Bahagian Pembangunan dan Perancangan kepada Bahagian Pembangunan.

Bahagian Pembangunan dipertanggungjawab untuk merancang, menyelaras dan memantau peruntukan pembangunan. Selain itu, Bahagian ini juga bertanggungjawab merancang projek-projek fizikal KEMAS bagi tempoh lima tahun dan tahunan yang bersesuaian dengan keperluan kumpulan sasar.

Dalam tahun 2015, Bahagian ini terlibat dalam pelbagai aktiviti, antaranya memantau pelaksanaan projek Rolling Plan keempat (RP4) bagi RMKe-10 (2014-2015) dan menyediakan maklumat pencapaian keseluruhan program/projek Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10) memandangkan tahun 2015 merupakan tahun akhir pelaksanaan program/projek untuk tempoh RMKe-10. Di samping itu, pada tahun yang sama, bahagian ini juga membuat persediaan perancangan program/projek yang dicadang untuk dilaksanakan dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11) yang bermula pada tahun 2016 sehingga tahun 2020.

Bahagian ini dipecahkan kepada dua (2) unit iaitu :

• Unit Perancangan dan Pengurusan Sumber

• Unit Pembangunan dan Pengurusan Projek