1. Keputusan permohonan kemasukan ke TABIKA / TASKA KEMAS diketahui dalam tempoh 14 hari selepas tarikh tutup permohonan.
  2. Memastikan sesi perjumpaan ibubapa diadakan 2 kali setahun membincangkan perkembangan kanak-kanak di TABIKA/TASKA.
  3. Memproses dan memaklumkan status permohonan kemasukan pelatih ke Pusat Bertauliah Akademi Kemahiran KEMAS Seri Iskandar dan Akademi Kemahiran KEMAS Gopeng dalam tempoh 3 bulan daripada tarikh permohonan ditutup.
  4. Memastikan 70% usahawan Quick Win yang berpotensi menghadiri kursus lanjutan sekurang-kurangnya 1 kali dalam setahun.
  5. 70% peserta LEADS dapat menguasai 3M (Membaca, Menulis, Mengira) dalam tempoh 3 bulan.
  6. Memastikan bayaran bil dibuat tidak melebihi 14 hari dari tarikh penerimaan (bagi dokumen yang lengkap).
  7. Memastikan akuan penerimaan aduan dimaklumkan kepada pelanggan dalam tempoh 3 hari bekerja dan status tindakan dalam tempoh 15 hari bekerja.