Pelaksanaan Kelas Seni Tangan beroperasi di premis KEMAS seperti di Pusat Kegiatan Masyarakat (PKM), bangunan Khas KEMAS seperti Tabika KEMAS dan bangunan awan lain seperti balairaya dan dewan orang ramai.

Kebanyakan kelas seni tangan ini dijalankan secara outreach iaitu bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain berdasarkan pada keperluan dan kehendak masyarakat setempat.

Sesi Kelas/kuliah  dijalankan pada  hari bekerja ( 8.00 pg- 5.00 petang) Antara kemahiran yang diajar ialah gubahan bunga, jahitan manik, sulaman, seni kraf, jahitan kreatif dan lain-lain seni kreatif mengikut permintaan masyarakat.

Kumpulan Sasar : Belia, Surirumah, Ibu Tunggal dan masyarakat setempat

Individu yang berminat mengikuti kelas-kelas ini boleh memperolehi maklumat di Pejabat KEMAS Negeri atau Daerah yang berhampiran.