Program ini dilaksanakan sejak tahun 1963 dan ia dijalankan secara non-formal yang bertujuan untuk memberi pendedahan dan bimbingan kepada masyarakat luar bandar ke arah keluarga cemerlang.

Kelas PKK ini dilaksanakan di bangunan KEMAS seperti Pusat Kegiatan Masyarakat, bangunan awam seperti balairaya, surau, dewan orang ramai dan lain-lain lagi. Kelas ini juga dilaksanakan secara outreach iaitu bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain berdasarkan kepada keperluan dan kehendak masyarakat setempat.

Pemaju Masyarakat Pendidikan Kesejahteraan Keluarga mengajar mengikut kurikulum yang ditetapkan oleh KEMAS seperti Kekeluargaan, Kesihatan, Pengurusan Sumber dan Kesedaran Sivik.

Individu yang berminat mengikuti kelas-kelas ini boleh memperolehi maklumat di Pejabat KEMAS Negeri atau Daerah yang berhampiran