Program Pendidikan Literasi Fungsian adalah satu program membasmi buta huruf yang bermatlamat meningkatkan tahap literasi di luar Bandar dan pedalaman Sabah dan Sarawak melalui 3M (membaca, menulis, dan mengira) ke arah meningkatkan kualiti hidup masyarakat .

Kumpulan sasar;

  • Orang Dewasa
  • Belia-Beliawanis
  • Remaja Yang Tercicir Daripada Pendidikan Formal

Kelas

  • 2 jam/3 kali seminggu
  • Tahap 1, Tahap 2 danTahap 3

Lokasi

Dilaksanakan di kawasan pedalaman Negeri Sabah dan Sarawak.

Peranan Pusat Sumber adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan menyediakan maklumat kepada golongan kanak-kanak hingga dewasa.

Program dan aktiviti serta Perkhidmatan Pusat Sumber ialah :

  1. Perkhidmatan pinjaman buku
  2. Perkhidmatan rujukan dan perujukan
  3. Perkhidmatan Kesedaran Semasa
  4. Aktiviti Galakan Membaca

Kelas kerohanian merupakan aktiviti rutin yang dilaksanakan oleh Penyelia dan Pemaju Masyarakat Bina Insan yang menekankan kepada pembangunan insan.

Sistem pengajaran dan pembelajaran yang digunakan di kelas kerohanian adalah menggunakan lima (5) bidang kurikulum iaitu:

  • Pendidikan Kecemerlangan Diri
  • Pendidikan Kekeluargaan
  • Pendidikan Sosial
  • Pendidikan Kesihatan
  • Pendidikan Ekonomi

Program Jom Ngaji

Program ini merupakan program tambah nilai untuk kelas Kelas Kerohanian sedia ada. Program ini mengguna pakai modul yang dibentuk khusus untuk memudahkan peserta mendalami dan membaca al- Quran dengan lebih baik dan berkesan.

Kumpulan sasar;

  • Belia-Beliawanis
  • Surirumah

Lokasi;

  • Surau
  • Masjid
  • Dewan Orang Ramadan,
  • Premis-premis KEMAS