MyIdeas
Satu sistem bank idea iaitu MyIdeas yang merupakan inisiatif kerajaan bagi menyediakan platform perkongsian idea kreatif dan inovatif di kalangan orang awam telah dilancarkan oleh Y.A.B. Perdana Menteri pada 8 Julai 2009. MyIdeas dengan tema "One Malaysia, One Million Ideas" merupakan salah satu agenda promosi bagi Tahun Kreativiti dan Inovasi 2010. Lima kumpulan sasaran utama bagi projek MyIdeas adalah komuniti sekolah, komuniti wanita, komuniti belia, komuniti desa dan luar bandar serta komuniti kumpulan harapan. Sila layari portal MyIdeas di www.myideas.my