Kandungan Jurnal Kandungan Jurnal

Info

Pengenalan

Pada asalnya Unit Gerakan Desa Wawasan merupakan salah satu aktiviti di bawah Cawangan Pembangunan Manusia. Setelah Penyusunan semula KEMAS, Cawangan Pembangunan Manusia telah dibahagikan kepada tiga (3) Bahagian iaitu Bahagian Pembangunan Desa, Bahagian Bina Insan dan Bahagian Pendidikan Masyarakat. Dengan itu Unit Desa Wawasan diletakkan di bawah Bahagian yang baru iaitu Bahagian Pembangunan Desa.

Gerakan Desa Wawasan telah diberi nafas baru dan dilancarkan semula dengan pendekatan baru sebagai Gerakan Daya Wawasan. Gerakan Daya Wawasan adalah merupakan sintesis strategic dan penambahbaikan daripada dua pendekatan utama pembangunan luar Bandar iaitu Hala Cara Baru Pembangunan Luar Bandar (1984) dan Gerakan Desa Wawasan (1996). Pelancaran Gerakan Daya Wawasan telah dirasmikan oleh Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad pada Julai 2003 di Stadium PUTRA Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Bahagian Pembangunan Desa terbahagi kepada dua (2) Unit iaitu Unit Usahawan (Ekonomi) dan Unit Pembangunan Desa (Sosial).

Bil

Program Unit Usahawan

 

Program Unit Pembangunan Desa

1.

Latihan dan Bimbingan Usahawan

1

Integrasi Desa, Daya dan Siswa (iDEAS)

2.

Promosi usahawan ke dalam Negara

2

Program Keceriaan Kampung

3

Promosi Usahawan ke Luar Negara

3

Program Mesra Rakyat

4

Portal 3P

4

Program Kemerdekaan

 

 

5

Program Profil Kampung

Objektif

  1. Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran kepada penggerak dan JKKK dalam aspek pembangunan desa;
  2. Memberi kesedaran dan meningkatkan taraf sosio ekonomi masyarakat luar Bandar melalui program Pembangunan Desa sehingga mencapai taraf Desa Q;
  3. Memberi pengetahuan dan kemahiran kepada pengusaha / usahawan luar bandar melalui latihan, seminar, kursus dan bengkel yang berkaitan;
  4. Mewujudkan kampung-kampung yang maju, bersih, indah, selamat dan menarik serta kepimpinan kampung yang dinamik;
  5. Menyemarakkan semangat kerjasama, kesepakatan dan patriotisma dalam kehidupan masyarakat luar bandar serta merapatkan hubungan antara rakyat, pemimpin dan kerajaan.

Fungsi

  1. Menyediakan dan melaksanakan projek-projek kemasyarakatan di luar bandar.
  2. Merancang dan menyedia peruntukan tahunan dalam aspek pembangunan dan pengurusan.
  3. Merangka program yang bersesuaian dengan dasar kerajaan bagi menyampaikan maklumat-maklumat kerajaan.
  4. Menyelaras dan memantau program kemasyarakatan/Pembangunan Desa yang telah dijalankan.
  5. Merancang dan melaksanakan program keceriaan kampung kearah mendapat Anugerah Desa Cemerlang.
  6. Menggabungkan usaha-usaha pembangunan di luar bandar secara bersepadu (intergrated approach).
  7. Merancang penggunaan sumber yang ada secara optima dan susulan berterusan.
  8. Mempastikan penyempurnaan projek-projek fizikal di bawah Pengupayaan GDW terlaksana mengikut rancangan.
    Profil
    Carta Organisasi
    Perutusan Ketua
    Pengarah
    Piagam Pelanggan
    Pencapaian
    Piagam Pelanggan
    Bahagian
    KEMAS Negeri
                                Lagi..
    TASKA
    TABIKA
    Pusat Sumber
   
   
   
   
   
Lagi..
    Portal 3P
    Sistem Daftar Pembekal
    Sistem Aduan
    Bilangan Transaksi
  Intranet
    e-KEMAS    e-BPM
    e-TABIKA     e-TASKA
     Lagi..
    Berita
    Pengumuman
    Penerbitan
    Arkib
    Keratan Akhbar
    Foto
    Video

    Audio