Bahasa Melayu  |  English  |  Lain-Lain Teks Size alttext alttext alttext Warna default alttext alttext alttext Tema theme1 theme2 theme3 theme_default alttext
Hubungi Kami | Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Peta Laman  
Header

Info


Institut Latihan KEMAS Sri Iskandar,
32600 Bandar Baru Seri Iskandar, Bota, Perak
No. Tel : (05)- 371 2102
(Pengetua : Puan Sharifah Binti Mohamad)

Pengenalan

Memandangkan potensi manusia yang boleh digilap dan selaras dengan teras utama Falsafah Baru Pembangunan Luar Bandar, maka sebuah lagi insitusi latihan KEMAS dibina. Institut Latihan KEMAS Seri Iskandar, Perak diwujudkan sebagai satu inisiatif untuk mempertingkatkan keupayaan dan kredibiliti warga KEMAS.

Penubuhan Institut Latihan KEMAS Seri Iskandar telah dirancangkan dalam RMK-7 pada Mei 1999 di atas sebidang tanah seluas 7 ekar di Bandar Seri Iskandar dalam Daerah Perak Tengah, Dewan Undangan Negeri Bota dan Parlimen Parit. Terletak 30 km dari Bandaraya Ipoh dipertengahan laluan utama Ipoh-Lumut. ILKSI diserah milik kepada KEMAS pada tahun 2001 dan mula beroperasi pada bulan September.

Institut Latihan KEMAS Seri Iskandar merupakan institusi latihan KEMAS yang ke-6 dan yang ke-2 bertaraf institut selepas Institut Latihan KEMAS Kuantan, Pahang. ILKSI diterajui oleh Pengetua dan kakitangan seramai 24 orang dengan kemampuan kapasiti 160 orang peserta pada satu-satu masa.

Institut Latihan KEMAS Seri Iskandar (ILKSI) mula beroperasi pada bulan September 2002 dengan hanya dua orang kakitangan yang bertugas iaitu Penolong Pengetua (En.Solahuddin Omar) dan Pekerja Am Rendah (En.Azrul Fazly Adib) dan selang beberapa bulan dua kakitangan ditambah iaitu Pemandu.

Awal tahun 2003, dua lagi kakitangan ditempatkan di ILKSI iaitu Pembantu Tadbir Kewangan dan Pentadbiran dan jumlah keseluruhan kakitangan pada ketika itu meningkat kepada enam orang.

Tugas yang dijalankan pada peringkat awal operasi meliputi pembersihan kawasan, menyusun atur peralatan dan perabot di asrama dan juga bangunan pentadbiran. Jumlah kakitangan ILKSI semakin bertambah dengan kemasukan empat orang iaitu Pembantu Pembangunan Masyarakat (Jurulatih) yang baru sahaja menamatkan pengajian dalam bidang Sains Kemasyarakatan (Kerja Sosial) dari Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang selama tiga tahun. Sebelum ini mereka merupakan kakitangan dari Pusat Latihan KEMAS Kuala Lumpur, Kuala Terengganu dan Bukit Baru Melaka.

Pada 6 Oktober 2003, ILK Seri Iskandar telah menerima kemasukan Pengetua (Pegawai PembangunanMasyarakat) yang pertama semenjak ia beroperasi iaitu En. Mohd Ali Hanafiah Abu Hassan.

Matlamat

Menyediakan kemudahan latihan yang berkualiti kepada warga KEMAS bagi meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan kredibiliti dalam kerja-kerja pengembangan ke arah pembangunan masyarakat.

Objektif

  1. Menyediakan kemudahan latihan yang berkualiti dan dinamik serta berkesan kepada para peserta yang terdiri daripada anggota KEMAS, agensi kerajaan dan pertubuhan-pertubuhan kemasyarakatan bagi tujuan melahirkan masyarakat yang bermotivasi, berinovasi dan berkredibiliti.
  2. Melaksanakan program latihan sebagaimana yang dirancang oleh Bahagian Latihan dan cawangan lain Ibu Pejabat KEMAS.
  3. Merancang untuk menguna pakai kemudahan yang ada secara maksima dengan mengintegrasikan aktiviti melalui pihak KEMAS negeri dan lain jabatan serta pertubuhan bukan kerajaan.
  4. Menyediakan kemudahan aktiviti tidak formal kepada masyarakat.

Kemudahan

  1. Dewan Kuliah berhawa dingin dengan pengisian maksima seramai 222 orang.
  2. Asrama (3 Blok) yang boleh menampung peserta seramai 150 orang dan terdapat juga bilik penginap untuk tetamu.
  3. Dewan Besar yang boleh menampung 500 peserta serta kemudahan lain seperti gelanggang badminton (2) dan meja pingpong.
  4. Dewan Makan yang selesa boleh memuatkan seramai 160 orang serta bilik makan VIP seramai 20 orang.
  5. Sebuah Surau yang boleh menampung seramai 100 jamaah.
  6. Bilik Mesyuarat yang selesa boleh memuatkan seramai 25 orang.
  7. Sebuah Pusat Sumber yang lengkap dan selesa.
  8. Bilik Komputer yang dilengkapi dengan kemudahan 30 unit komputer.
  9. Sebuah Bas yang boleh memuatkan 25 orang penumpang.

Kadar Sewa

 

KEMUDAHAN

KOS (RM)

KUANTITI

CATATAN

1

Dewan Besar

200.00

Sehari

1 unit/Air-cond/Kapasiti 500 orang

30.00

1 jam

Sewa termasuk semua peralatan dewan seperti kerusi, meja, rostrum, PA sistem dsb

2

Dewan Besar

4.00

1 jam

Waktu pejabat

 

(Untuk kegunaan riadah - badminton dan takraw)

7.00

1 jam

Selepas waktu pejabat

3

Bilik Kuliah

15.00

1 jam

3 unit/Air-cond/Kapasiti 200 orang

4

Dewan kuliah (Bilik kuliah yang dijadikan dewan)

150.00

1 hari

Sewa termasuk semua peralatan dewan seperti kerusi, meja, rostrum, PA sistem dsb

 

 

20.00

1 jam

5

Dewan makan

20.00

1 jam

Termasuk bilik VIP (berhawa dingin) dengan kapasiti seramai 140 orang

6

Asrama (Dorm)

7.00

Seorang/1 hari

3 blok/kapasiti 150 orang

7

Bilik

10.00

Seorang/1 hari

Tambahan RM3 untuk sarung bantak dan cadar

INFO KEMAS
  Profil
  Carta Organisasi
  Perutusan Ketua Pengarah
  Piagam Pelanggan
  Bahagian
  KEMAS Negeri
  ILK/PLK
PERKHIDMATAN
  TASKA
  TABIKA
  Pusat Sumber
E-PERKHIDMATAN
  Portal 3P
  Pembekal
  Sistem Aduan
   
    Intranet
  SPPA
  e-KEMAS
  e-TABIKA
  e-BPM
  e-INSAN
BERITA & PERISTIWA
  Berita
  Pengumuman
  Penerbitan
  Arkib
  Keratan Akhbar
GALERI
  Foto
  Video
  Audio
e-Perolehan Ideas myID MAMPU MSC Institut Integriti Malaysia (IIM) JPA myGOV KKLW
JAKOA RISDA INFRA FELCRA KEMAS KEDA KESEDAR KEJORA KETENGAH
MYHEALTH e-Perolehan Ideas myID MAMPU MSC Institut Integriti Malaysia (IIM) JPA myGOV

Hakcipta Terpelihara 2012 © Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS)

Sesuai dipapar menggunakan IE 7.0 & ke atas dan Mozilla Firefox 2.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768

Tarikh Kemaskini : 31 Januari 2012, 05:34 PM

Jabatan Kemajuan Masyarakat(KEMAS)

Aras 5-9, No 47,
Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62100 Putrajaya
Wilayah Persekutuan Putrajaya
Tel : 03-8891 2000 Fax : 03 - 8888 2312
Web Design and Templete by OrenWerk.com