Bahasa Melayu  |  English  |  Lain-Lain Teks Size alttext alttext alttext Warna default alttext alttext alttext Tema theme1 theme2 theme3 theme_default alttext
Hubungi Kami | Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Peta Laman  
Header

Info

Pengenalan
Bahagian Pengurusan dan Pemakanan adalah unit baru yang diwujudkan di bawah Penyusunan Semula struktur KEMAS pada awal tahun 2003. Tujuan penubuhan Bahagian ini adalah untuk memastikan keperluan Pendidikan Awal Kanak-Kanak dan personel dapat dirancang dan dilaksanakan dengan lebih sempurna.
Bahagian ini juga bertanggungjawab untuk memastikan segala keperluan dan kemudahan alat-alat kelengkapan yang bersesuaian untuk Pendidikan Awal Kanak-Kanak.
Pengwujudan Bahagian Pengurusan dan Pemakanan juga adalah untuk mempastikan program Makanan Tambahan kepada kanak-kanak TABIKA dan TASKA dapat berjalan dengan lancar dan betul dari segi kualiti, kuantiti dan jenis makanan yang ditetapkan.

Objektif

  1. Memberi pendedahan dan kemahiran tentang amalan diet seimbang, keselamatan makanan dan gaya hidup sihat
  2. Merancang menu makanan tambahan untuk kanak-kanak mengikut resepi dan komposisi zat makanan yang betul
  3. Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam status pemakanan khususnya untuk imbangan berat untuk tinggi kanak-kanak dengan cara yang betul, tepat boleh merekod dan membuat laporan dan
  4. Merancang pelaksanaan aktiviti berkaitan diet seimbang, keselamatan makanan dan gaya hidup sihat di peringkat negeri dan parlimen.

Fungsi

Pentadbiran Pengurusan &Perjawatan

  1. Memastikan pelaksanaan organisasi Bahagian.
  2. Menyusun dan melaksanakan struktur organisasi Bahagian.
  3. Menentukan agihan tugas pegawai dan kakitangan mengikut fungsi.
  4. Menyediakan Laporan Tahunan Bahagian.
  5. Menyelaras keperluan, pengambilan dan penempatan pegawai dan kakitangan Bahagian.
  6. Mengurus penilaian prestasi tahunan dan urusan perkhidmatan pegawai dan kakitangan Bahagian.
  7. Merancang keperluan latihan dalam perkhidmatan dan kerjaya.

Pengurusan Dasar

  1. Merangka dan menyelaras dasar-dasar Bahagian selaras dengan dasar Pendidikan Pra-Sekolah.

Kewangan

  1. Menyelaras keperluan peruntukan pengurusan.
  2. Merangka dan mengenalpasti barangan perkhidmatan dan keperluan yang akan diperolehi.
  3. Menyediakan spesifikasi, ciri, jenis dan kategori barangan perkhidmatan dan keperluan yang diperolehi.
  4. Menyediakan anggaran kos bagi barangan perkhidmatan dan keperluan yang akan diperolehi.
  5. Mengenalpasti sumber-sumber bekalan dan perkhidmatan dan keperluan yang diperlukan.
  6. Menyediakan dan menyelaras agihan peruntukan pengurusan dan pembangunan mengikut negeri dan aktiviti projek.

Pemakanan dan Kesihatan

  1. Menyediakan rancangan pemakanan dan kesihatan tahunan kanak-kanak di TABIKA KEMAS.
  2. Menyediakan panduan program pemakanan dan kesihatan di TABIKA KEMAS.
  3. Menjalankan pemantauan ke atas program amalan pemakanan dan kesihatan kepada kanak-kanak di TABIKA dan TASKA KEMAS.
INFO KEMAS
  Profil
  Carta Organisasi
  Perutusan Ketua Pengarah
  Piagam Pelanggan
  Bahagian
  KEMAS Negeri
  ILK/PLK
PERKHIDMATAN
  TASKA
  TABIKA
  Pusat Sumber
E-PERKHIDMATAN
  Portal 3P
  Pembekal
  Sistem Aduan
   
    Intranet
  SPPA
  e-KEMAS
  e-TABIKA
  e-BPM
  e-INSAN
BERITA & PERISTIWA
  Berita
  Pengumuman
  Penerbitan
  Arkib
  Keratan Akhbar
GALERI
  Foto
  Video
  Audio
e-Perolehan Ideas myID MAMPU MSC Institut Integriti Malaysia (IIM) JPA myGOV KKLW
JAKOA RISDA INFRA FELCRA KEMAS KEDA KESEDAR KEJORA KETENGAH
MYHEALTH e-Perolehan Ideas myID MAMPU MSC Institut Integriti Malaysia (IIM) JPA myGOV

Hakcipta Terpelihara 2012 © Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS)

Sesuai dipapar menggunakan IE 7.0 & ke atas dan Mozilla Firefox 2.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768

Tarikh Kemaskini : 31 Januari 2012, 05:34 PM

Jabatan Kemajuan Masyarakat(KEMAS)

Aras 5-9, No 47,
Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62100 Putrajaya
Wilayah Persekutuan Putrajaya
Tel : 03-8891 2000 Fax : 03 - 8888 2312
Web Design and Templete by OrenWerk.com