Bahasa Melayu  |  English  |  Lain-Lain Teks Size alttext alttext alttext Warna default alttext alttext alttext Tema theme1 theme2 theme3 theme_default alttext
Hubungi Kami | Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Peta Laman  
Header

Info

Latar Belakang

  • Bahagian Bina Insan mempunyai pelbagai aktiviti yang menjurus ke arah kemahiran insaniah (softskills), kerohanian, kekeluargaan dan kecemerlangan kendiri. Dua aktiviti utama yang dilaksanakan oleh bahagian ini :
    1. Aktiviti Kelas Bina Insan
    2. Aktiviti Pembangunan Insan
  • Di dalam memastikan pelaksanaan aktiviti-aktiviti ini mencapai objektif yang telah digariskan dan memberikan impak serta faedah terhadap golongan sasar, maka instrumen dan kaedah pemantauan, penilaian dan pelaporan perlu dibangunkan. Instrumen ini dapat membantu pegawai dan kakitangan Bina Insan untuk memantau, menilai dan melaporkan aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan. Intrumen yang dibangunkan ini juga boleh digunakan oleh peserta aktiviti untuk menilai keberkesanan aktiviti yang dilaksanakan.
  • Bahagian Bina Insan telah mengaplikasikan instrumen pemantauan secara intensif bermula tahun 2008. Walau bagaimanapun, terdapat isu dari segi pelaksaannya. Justeru, berdasarkan isu-isu yang diperolehi pada tahun 2008, Bahagian Bina Insan telah menambahbaik instrumen yang akan digunakan bermula tahun 2009 dan tahun-tahun seterusnya.
  • Dengan adanya instrumen yang telah dikemaskini ini, Bahagian Bina Insan berharap, pihak KEMAS Negeri dapat menggunakan instrumen berkenaan dengan sebaiknya demi memastikan setiap aktiviti di dalam Program Bina Insan dapat memberikan kesan dan faedah secara langsung kepada masyarakat serta kualiti aktiviti dapat diukur dengan lebih efektif.

 

Kelas Bina Insan

Antara aktiviti utama Bahagian Bina Insan adalah pelaksanaan aktiviti Kelas Bina Insan. Kelas ini dilaksanakan oleh Pemaju Masyarakat dan juga Penyelia Bina Insan. Kebanyakan Kelas Bina Insan dilaksanakan di premis-premis awam di samping terdapat juga kelas yang dilaksanakan di premis KEMAS.

Seorang Pemaju Masyarakat ditugaskan untuk mengendalikan sebanyak 5 kelas yang berasingan dalam seminggu. Walau bagaimanapun, terdapat Pemaju Masyarakat yang mengendalikan lebih dari 5 kelas. Bagi Pemaju Masyarakat yang mengajar kurang dari 5 kelas, pihak KEMAS Negeri perlu memberikan perhatian yang serius terhadap anggota berkenaan. Penyelia Bina Insan juga dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan tugas pengajaran dan pembelajaran di Kelas Bina Insan dengan sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu.

Bagi memastikan pelaksanaan aktiviti ini berjalan dengan baik dan mengikut kurikulum Bina Insan yang ditetapkan, pemantauan dan penilaian terhadap kelas dan anggota perlu dilaksanakan. Melalui pemantauan dan penilaian ini, pelaksanaan kelas dapat ditambahbaik dan sebarang isu yang timbul dapat diselesaikan sama ada di peringkat negeri mahupun di peringkat ibupejabat KEMAS.

Memastikan pihak KEMAS Negeri dapat melaksanakan pemantauan, penilaian dan pelaporan aktiviti Kelas Bina Insan secara sistematik dan berkesan;

Memastikan dapatan pemantauan dan penilaian dapat digunakan bagi menambahbaik aktiviti Kelas Bina Insan dan mutu pengajaran & pembelajaran tenaga pengajar Bina Insan

 

Program Pembangunan Insan
Di samping pelaksanaan aktiviti Kelas Bina Insan, Bahagian Bina Insan juga melaksanakan pelbagai aktiviti kemasyarakatan dalam bentuk kemahiran insaniah (softskills) menggunakan peruntukan pembangunan.
Aktiviti Pembangunan Insan dipecahkan kepada 4 kluster iaitu :

KLUSTER Outreach

  • Wadah Semasa - Diskusi Ilmiah
  • Integrasi Ilmu Bersama Orang Asli / Bumiputra - INTERAKSI
  • Forum Islam Hadhari / Bicara Mufti

KLUSTER Pemantapan Syiar Islam

  • Sambutan Hari Kebesaran Islam
  • Sambutan Maulidur Rasul
  • Israk Mikraj
  • Gema Ramadan
  • Festival Kesenian Islam
  • Gema Ramadhan

KLUSTER Amal Islami / Kemahiran

  • Kursus Pengurusan Jenazah - KUPUJA
  • Kursus Fasilitator Sembelihan - FASIH

KLUSTER Pembangunan Individu dan Keluarga

  • Kursus Pemantapan Kerohanian – I-MAN (Innerself Management)
  • Kursus Keluarga Bahagia – Rumahku Syurgaku
  • Kem Remaja / Belia
  • Motivasi – Kem Remaja Ideal
  • Sukan – Kem Riadah Hadhari

Objektif

  • Membimbing dan memantapkan kefahaman masyarakat Islam di dalam aspek kerohanian dan kemahiran fardu kifayah .
  • Memperkukuhkan institusi kepemimpinan komuniti, masyarakat, keluarga dan individu berasaskan nilai-nilai murni melalui program pembangunan merentasi kepelbagaian agama, etnik dan  ideologi.
  • Membangun dan membina generasi muda yang mengamalkan nilai-nilai murni, berdisiplin, bersatu padu dan mempunyai jatidiri yang kukuh.
  • Menyatupadukan peranan anggota Bina Insan dan para ilmuan luar sebagai wahana rujukan kepada masyarakat di dalam pelbagai disiplin keilmuan dan memperjelas dasar-dasar kerajaan.

Fungsi

Bahagian Bina Insan terbahagi kepada 2 unit yang mempunyai fungsi dan peranan masing-masing iaitu :

* Unit Pendidikan Kerohanian

  1. Merancang, menyelaras dan memantau aktiviti Pembangunan Kerohanian iaitu Ikhtifal Kesenian Islam, Khemah Ibadah, Program Kefahaman Islam dan Sambutan Hari-Hari Kebesaran Islam
  2. Merancang, menyelaras dan memantau kelas Bina Insan
  3. Mengkaji dan mengemaskini kurikulum Pembangunan Kerohanian (Bina Insan) bersesuaian dengan kehendak dan keperluan semasa
  4. Merancang, menyelaras dan memantau peruntukkan tahunan
  5. Mengumpul, mengemaskini dan menganalisa rekod serta data aktiviti
  6. Merancang mengeluarkan risalah dan bahan bacaan yang berkaitan dengan Pembangunan Kerohanian dan dihantar kepada unit penerbitan untuk terbitan setiap tahun
  7. Menyediakan laporan tahunan
  8. Merancang, menyelaras dan memantau Pendidikan Agama Islam di kelas-kelas TABIKA KEMAS
  9. Berkerjasama dengan Agensi / Jabatan / Pertubuhan dan Persatuan Sukarela yang berkaitan dengan Pembangunan Kerohanian
  10. Merancang dan menyelaras program penjelasan terhadap isu-isu semasa berkaitan dengan agama Islam

* Unit Pembangunan Keluarga

  1. Merancang, menyelaras dan memantau aktiviti Pembangunan keluarga iaitu Program Kesejahteraan Keluarga, Program Kemahiran Keibubapaan, Program Pembangunan Wanita dan Kerjaya, Program Fardhu Kifayah dan Kem Kecemerlangan / motivasi pelajar.
  2. Merancang, menyelaras dan memantau peruntukkan tahunan
  3. Merancang mengeluarkan risalah dan bahan bacaan yang berkaitan dengan Pembangunan keluarga dan dihantar kepada unit penerbitan untuk terbitan setiap tahun
  4. Menyediakan laporan tahunan
  5. Menyedia input pengajaran dan pembelajaran program Pembangunan Keluarga bagi Institut Latihan KEMAS
  6. Menyedia, mengkaji dan mengemaskini kurikulum dan ko-kurikulum Pembangunan Keluarga
  7. Berkerjasama dengan Agensi / Jabatan / Pertubuhan dan Persatuan Sukarela yang berkaitan dengan Pembangunan keluarga
  8. Merancang dan menyelaras program penjelasan terhadap isu-isu semasa berkaitan dengan kekeluargaan Islam

Carta



Klik pada imej untuk pembesaran

INFO KEMAS
  Profil
  Carta Organisasi
  Perutusan Ketua Pengarah
  Piagam Pelanggan
  Bahagian
  KEMAS Negeri
  ILK/PLK
PERKHIDMATAN
  TASKA
  TABIKA
  Pusat Sumber
E-PERKHIDMATAN
  Portal 3P
  Pembekal
  Sistem Aduan
   
    Intranet
  SPPA
  e-KEMAS
  e-TABIKA
  e-BPM
  e-INSAN
BERITA & PERISTIWA
  Berita
  Pengumuman
  Penerbitan
  Arkib
  Keratan Akhbar
GALERI
  Foto
  Video
  Audio
e-Perolehan Ideas myID MAMPU MSC Institut Integriti Malaysia (IIM) JPA myGOV KKLW
JAKOA RISDA INFRA FELCRA KEMAS KEDA KESEDAR KEJORA KETENGAH
MYHEALTH e-Perolehan Ideas myID MAMPU MSC Institut Integriti Malaysia (IIM) JPA myGOV

Hakcipta Terpelihara 2012 © Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS)

Sesuai dipapar menggunakan IE 7.0 & ke atas dan Mozilla Firefox 2.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768

Tarikh Kemaskini : 31 Januari 2012, 05:34 PM

Jabatan Kemajuan Masyarakat(KEMAS)

Aras 5-9, No 47,
Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62100 Putrajaya
Wilayah Persekutuan Putrajaya
Tel : 03-8891 2000 Fax : 03 - 8888 2312
Web Design and Templete by OrenWerk.com