|
|
|
Profil Korporat Objektif Menjadikan masyarakat luar bandar yang kompeten, berdaya saing dan berdikari; Memantapkan perkembangan sosio-emosi, fizikal, intelek dan rohani serta menguasai kemahiran asas 3M kepada kanak-kanak berumur di bawah 6 tahun; dan Memastikan sistem penyampaian yang berkesan. Peranan Mengubah sikap dan menyemai perasaan di kalangan masyarakat untuk membina satu masyarakat yang maju dan berdikari; Memupuk inisiatif dan perasaan tanggungjawab setiap anggota masyarakat dalam pembangunan sosial, ekonomi dan politik; Melibatkan penyertaan masyarakat secara aktif bagi menjayakan matlamat kerajaan dan negara; dan Mengeratkan hubungan rakyat dan kerajaan di samping mendapat sokongan rakyat terhadap usaha pembangunan negara Strategi Menumpukan Pembangunan Manusia sebagai teras dalam Pembangunan Masyarakat Luar Bandar. Memperlengkapkan minda melalui pendidikan dan kemahiran mengikut tuntutan semasa. Penglibatan secara langsung dan bersepadu dengan lain-lain Agensi Kerajaan, Swasta, Institusi Masyarakat dan orang perseorangan dalam usaha membangun Masyarakat Luar Bandar. Merangsang kumpulan sasar mencetus idea untuk merancang program-program pembangunan.
|
|