Gerakan Daya Wawasan
[Pengenalan]
[Objektif]
[Matlamat]
[Strategi]
[Piagam]
[Konsep]
|
Pengenalan
|
|
Gerakan Daya Wawasan adalah satu usaha yang digembelingkan dengan memberi tumpuan khususnya kearah pembangunan sesebuah kampung atau desa dengan matlamat menjadikannya maju,menarik dan menguntungkan sejajar dengan Falsafah Pembangunan Luar Bandar.
Gerakan Daya Wawasan adalah merupakan sintesis strategik dan penambahbaikan daripada dua pendekatan utama pembangunan luar bandar iaitu Hala Cara Baru Pembangunan Luar Bandar (1984) dan Gerakan Desa Wawasan (1996). Terdapat 3 aspek daya yang diberi penekanan iaitu :
- Daya Manusia
- Daya Ekonomi
- Daya Pasaran
|
|
|
Pengenalan
|
|
Gerakan Daya Wawasan adalah satu usaha yang digembelingkan dengan memberi tumpuan khususnya kearah pembangunan sesebuah kampung atau desa dengan matlamat menjadikannya maju,menarik dan menguntungkan sejajar dengan Falsafah Pembangunan Luar Bandar.
Gerakan Daya Wawasan adalah merupakan sintesis strategik dan penambahbaikan daripada dua pendekatan utama pembangunan luar bandar iaitu Hala Cara Baru Pembangunan Luar Bandar (1984) dan Gerakan Desa Wawasan (1996). Terdapat 3 aspek daya yang diberi penekanan iaitu :
- Daya Manusia
- Daya Ekonomi
- Daya Pasaran
|
|
|
Objektif
|
- Membentuk semangat berdikari dan mengikis mentaliti subsidi.
- Menarik penglibatan aktif penduduk tempatan dalam pembangunan desa.
- Memberi harapan di atas keupayaan penduduk desa untuk membentuk generasi kedua yang cemerlang.
- Mengubah paradigma berhubung dengan pemilikan tanah untuk memudahkan proses percantuman tanah.
- Mempertingkatkan keupayaan penduduk desa untuk membentuk senario desa 2020.
- Mempertingkatkan kemahiran pengupayaan (em-powerment)
- Mempertingkatkan kemahiran untuk membentuk dan melaksanakan pelan tindakan desa
|
|
|
Matlamat
|
|
Mewujudkan masyarakat desa yang berdaya tahan,berinisiatif, berdikari,berilmu dan memiliki disiplin kerja yang tinggi sesuai untuk permodenan asas.
Asas Gerakan Daya Wawasan
Penglibatan aktif masyarakat dalam proses pembangunan desa. Gerakan Ini berteraskan kepada sistem kerja dari peringkat bawah ke atas (BUS-Bottom Up Strategy) di mana masyarakat setempat bergerak secara proaktif untuk mengubah dan menentukan ke arah tuju pembangunan kampung mereka. Program dan Aktiviti Gerakan Daya Wawasan dirancang berpandukan 7 inisiatif bagi memenuhi 7 pra-syarat yang dikemukakan dalam Falsafah dan Strategi Baru Pembangunan Luar Bandar Tahun 2020.
|
|
|
Strategi
|
|
Strategi Korporat
Pendekatan komersial yang menuntut pulangan ekonomi yang maksima. Strategi ini menguntungkan hasil dan akauntabiliti dan penekanan kepada perkara-perkara berikut :-
- Sistem dan struktur yang mantap.
- Pendekatan bersepadu dari sektor awam, swasta, badan-nadan bukan Kerajaan dan kumpulan sasar.
- Penekanan kepada sikap, kemahiran dan pengetahuan (Attitude,Skill And Knowledge)
- Penglibatan dari semua golongan masyarakat.
- Gerakan yang berterusan (merancang,melaksana,bertindak dan menilai).
- Memantapkan institutsi sosial tempatan terutama sekali Jawatan Khas Keselamatan Kampung (JKKK) dan Pertubuhan Kope
|
|
|
Piagam
|
|
Piagam Daya Wawasan
1. Menyedari
Dunia terus mengalami perubahan yang pesat dan Negara Malaysia terus bergerak maju menjelang 2020.
2. Memahami
Bahawa masyarakat desa harus berusaha melengkapkan diri bagi menyertai arus perdana pembangunan Negara.
3. Menyakini
Bahawa desa boleh menjadi lebih maju, menarik dan menguntungkan.
Maka, kami penduduk desa berazam :-
- Menjadi insan yang cemerlang
- Membina keluarga yang bahagia
- Melahirkan masyarakat yang harmonis dan bersepadu
- Mewujudkan desa yang teratur, bersih dan indah
- Mengamalkan budaya hidup berteraskan nilai-nilai murni
- Menggerakkan ekonomi desa yang dinamis dan berteknologi
- Menanam keazaman menjadi desa kami sebuah Desa Wawasan
|
|
|
Konsep
|
|
Gerakan Daya Wawasan ialah proses peningkatan pengupayaan yang boleh membangkit kesedaran dan pembangunan sikap penduduk desa kearah transformasi kedua luar Bandar. Gerakan ini menekankan kepada penglibatan penduduk desa itu sendiri dalam proses perancangan program pembangunan kearah menjadikan desa lebih maju, menarik dan menguntungkan. Perencanaan program dibuat secara tersusun dan berterusan.
|
|