Bahasa Melayu  |  English  |  Lain-Lain Teks Size alttext alttext alttext Warna default alttext alttext alttext Tema theme1 theme2 theme3 theme_default alttext
Hubungi Kami | Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Peta Laman  
Header

Bina Insan

[Pengenalan][Objektif] [Aktiviti] [Jawatankuasa] [Pelaksanaan]

Pengenalan

Bahagia Bina Insan merupakan salah satu bahagian yang diletakkan di bawah Sektor Operasi, Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS). Bahagian ini memainkan peranan penting di dalam melaksanakan pelbagai aktiviti dan program modal insan meliputi dua bidang utama iaitu Program Pembangunan Insan dan Kelas Bina Insan.

Program Pembangunan Bina Insan adalah aktiviti-aktiviti kemasyarakatan yang meliputi kemahiran soft-skills, kemahiran fardu kifayah, kesenian, kekeluargaan, pembangunan institusi dan pembangunan kendiri yang meliputi semua lapisan masyarakat tanpa mengira agama, etnik dan ideologi. Manakala Kelas Bina Insan pula merupakan kelas-kelas agama yang dilaksanakan berdasarkan Kurikulum Pendidikan Bina Insan. Kurikulum yang digunakan adalah meliputi 5 bidang utama iaitu Kecemerlangan Diri, Kekeluargaan, Kesihatan, Ekonomi dan Sosial.

Latar Belakang

Bahagian Bina Insan pada awalnya dikenali sebagai Unit Agama Islam pada tahun 1961 dengan fungsinya untuk mengajar tulisan jawi kepada orang dewasa. Pada tahun 1968, Unit Agama Islam telah ditukar namanya kepada Kelas Agama Islam (KAI). Kelas Agama Islam (KAI) memberikan penekanan kepada kelas Fardhu Ain, kelas pengajaran Al-Quran, Muqaddam, tulisan jawi, penerapan nilai-nilai Islam dalam kehidupan harian dan aktiviti ko-kurikulum seperti sambutan hari kebesaran Islam, pertandingan tilawah dan lain-lain lagi yang dijalankan hanya di 7 buah negeri iaitu Negeri Perlis, Kedah, Perak, Selangor, Kelantan, Wilayah Persekutuan dan Pahang.

Pada tahun 1990, Kelas Agama Islam telah ditukar namanya kepada Pendidikan Agama Islam (PAI). Aktiviti yang dijalankan oleh PAI ialah kelas pengajian Al-Quran, kelas pendidikan Agama Islam di TABIKA, kelas Latihan Bina Insan dan kelas pendidikan Agama Islam kepada aktiviti KEMAS.

Pada akhir Oktober 1996, satu perancangan bagi penyusunan semula kurikulum Pendidikan Agama Islam telah dibuat bagi mengatasi masalah tidak seragaman pelaksanaan aktviti di negeri yang terbabit.

INFO KEMAS
  Profil
  Carta Organisasi
  Perutusan Ketua Pengarah
  Piagam Pelanggan
  Bahagian
  KEMAS Negeri
  ILK/PLK
PERKHIDMATAN
  TASKA
  TABIKA
  Pusat Sumber
E-PERKHIDMATAN
  Portal 3P
  Pembekal
  Sistem Aduan
   
    Intranet
  SPPA
  e-KEMAS
  e-TABIKA
  e-BPM
  e-INSAN
BERITA & PERISTIWA
  Berita
  Pengumuman
  Penerbitan
  Arkib
  Keratan Akhbar
GALERI
  Foto
  Video
  Audio
e-Perolehan Ideas myID MAMPU MSC Institut Integriti Malaysia (IIM) JPA myGOV KKLW
JAKOA RISDA INFRA FELCRA KEMAS KEDA KESEDAR KEJORA KETENGAH
MYHEALTH e-Perolehan Ideas myID MAMPU MSC Institut Integriti Malaysia (IIM) JPA myGOV

Hakcipta Terpelihara 2012 © Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS)

Sesuai dipapar menggunakan IE 7.0 & ke atas dan Mozilla Firefox 2.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768

Tarikh Kemaskini : 31 Januari 2012, 05:34 PM

Jabatan Kemajuan Masyarakat(KEMAS)

Aras 5-9, No 47,
Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62100 Putrajaya
Wilayah Persekutuan Putrajaya
Tel : 03-8891 2000 Fax : 03 - 8888 2312
Web Design and Templete by OrenWerk.com