Kandungan Jurnal Kandungan Jurnal

 

Pada tahun 1961, Bahagian Kemajuan Masyarakat telah menubuhkan Kelas Dewasa yang bertujuan untuk membasmi buta huruf di Semenanjung Malaysia. Menjelang 1970, kegiatan ini  telah memberi  tumpuan  khusus di Sabah dan Sarawak yang  mempunyai kadar buta  huruf yang  tinggi. Lanjutan daripada Kelas Dewasa ini, Rancangan Pedoman Tugasan  diwujudkan yang mempunyai matlamat yang sama untuk membasmi buta huruf melalui konsep 3M (membaca, menulis dan mengira).

Pada masa ini, Pendidikan Literasi Fungsian diperkenalkan yang merupakan lanjutan daripada Rancangan Pedoman Tugasan. Ia merupakan satu aktiviti pendidikan non-formal yang memberi peluang kepada orang dewasa, belia-beliawanis dan remaja yang tercicir daripada pendidikan formal bagi mendapat ilmu pengetahuan.

 

Skop Pembelajaran

Skop Pendidikan  Literasi Fungsian ialah memberi kemahiran 3M  iaitu menulis, membaca dan mengira yang merangkumi aspek:

  1. Kehidupan Keluarga
  2. Kesihatan
  3. Ekonomi/Pendapatan
  4. Kesedaran Sivik (untuk diamalkan dalam kehidupan harian)

  1. Membasmi buta huruf dikalangan orang dewasa iaitu belia/beliawanis yang berumur 15 tahun keatas.
  2. Memberi tunjuk ajar dan pengetahuan yang boleh diamalkan secara berterusan dalarn kehidupan harian
  3. Menghidupkan semangat perpaduan dan cintakan Bangsa, Agama dan Negara.
  4. Memberi bimbingan dan galakan supaya masyarakat dapat hidup berdikari.

Peranan Jawatankuasa

  1. Membantu melaksanakan aktiviti-aktiviti yang dirancangkan.
  2. Bekerjasama dengan agensi-agensi lain dan pertubuhan sukarela, dalam melaksanakan aktiviti.
  3. Mengadakan pelbagai publisiti bagi menarik minat lebih ramai masyarakat menyertai kelas literasi
  4. Mengawal selia projek penambahan pendapatan.

Pemaju Masyarakat

  1. Pemaju Masyarakat PLF terdiri dari mereka yang telah diberi kursus atau latihan asas dalam bidang Literasi Fungsian.
  2. Kelulusan akademik sekurang–kurangnya SPM.
  3. Mereka akan diberikan latihan dalam perkhidmatan, kepimpinan dan kemahiran dari masa ke semasa.

 

Penglibatan Masyarakat

  1. Setiap kumpulan dikehendaki membentuk ahli jawatankuasa seramai 5 atau 7 orang.
  2. Pemaju Masyarakat PLF menjadi Setiausaha dan Pengerusi terdiri di kalangan masyarakat
  3. Mesyuarat Jawatankuasa Kelas Pendidikan Literasi Fungsian hendaklah diadakan sekurang-kurangnya dua (2) bulan sekali.

 

Pelaksanaan Aktiviti

  1. Pendidikan Literasi Fungsian dijalankan melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam kumpulan/kelas.
  2. Kumpulan/Kelas boleh diadakan mengikut kesesuaian tempat dan masa peserta sendiri.
  3. Seorang Pemaju Masyarakat dikehendaki mengajar di dua (2) kumpulan/kelas selama dua (2) jam sebanyak tiga (3) kali seminggu.
  4. Bilangan peserta berdaftar bagi satu kumpulan/kelas ialah tidak kurang daripada 15 orang.
  5. Kumpulan/kelas ini dikendalikan oleh Pemaju Masyarakat yang mempunyai asas dalam bidang Literasi Fungsian.
  6. Segala aktiviti pengajaran, pembelajaran dan kemahiran ini dilaksanakan mengikut kesesuaian sesuatu tempat.
  7. Masa selebihnya digunakan untuk membuat susulan, persediaan bahan pengajaran dan pembelajaran atau membuat urusan rasmi
    Profil
    Carta Organisasi
    Perutusan Ketua
    Pengarah
    Piagam Pelanggan
    Pencapaian
    Piagam Pelanggan
    Bahagian
    KEMAS Negeri
                                Lagi..
    TASKA
    TABIKA
    Pusat Sumber
   
   
   
   
   
Lagi..
    Portal 3P
    Sistem Daftar Pembekal
    Sistem Aduan
    Bilangan Transaksi
  Intranet
    e-KEMAS    e-BPM
    e-TABIKA     e-TASKA
     Lagi..
    Berita
    Pengumuman
    Penerbitan
    Arkib
    Keratan Akhbar
    Foto
    Video

    Audio