|
Menu
|
|
|
|
|
Bahagian Bina Insan [Info] [Fungsi] [Aktiviti] [Carta] Info | Latar Belakang - Bahagian Bina Insan mempunyai pelbagai aktiviti yang menjurus ke arah kemahiran insaniah (softskills), kerohanian, kekeluargaan dan kecemerlangan kendiri. Dua aktiviti utama yang dilaksanakan oleh bahagian ini :
- Aktiviti Kelas Bina Insan
- Aktiviti Pembangunan Insan
- Di dalam memastikan pelaksanaan aktiviti-aktiviti ini mencapai objektif yang telah digariskan dan memberikan impak serta faedah terhadap golongan sasar, maka instrumen dan kaedah pemantauan, penilaian dan pelaporan perlu dibangunkan. Instrumen ini dapat membantu pegawai dan kakitangan Bina Insan untuk memantau, menilai dan melaporkan aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan. Intrumen yang dibangunkan ini juga boleh digunakan oleh peserta aktiviti untuk menilai keberkesanan aktiviti yang dilaksanakan.
- Bahagian Bina Insan telah mengaplikasikan instrumen pemantauan secara intensif bermula tahun 2008. Walau bagaimanapun, terdapat isu dari segi pelaksaannya. Justeru, berdasarkan isu-isu yang diperolehi pada tahun 2008, Bahagian Bina Insan telah menambahbaik instrumen yang akan digunakan bermula tahun 2009 dan tahun-tahun seterusnya.
- Dengan adanya instrumen yang telah dikemaskini ini, Bahagian Bina Insan berharap, pihak KEMAS Negeri dapat menggunakan instrumen berkenaan dengan sebaiknya demi memastikan setiap aktiviti di dalam Program Bina Insan dapat memberikan kesan dan faedah secara langsung kepada masyarakat serta kualiti aktiviti dapat diukur dengan lebih efektif.
Kelas Bina Insan Antara aktiviti utama Bahagian Bina Insan adalah pelaksanaan aktiviti Kelas Bina Insan. Kelas ini dilaksanakan oleh Pemaju Masyarakat dan juga Penyelia Bina Insan. Kebanyakan Kelas Bina Insan dilaksanakan di premis-premis awam di samping terdapat juga kelas yang dilaksanakan di premis KEMAS. Seorang Pemaju Masyarakat ditugaskan untuk mengendalikan sebanyak 5 kelas yang berasingan dalam seminggu. Walau bagaimanapun, terdapat Pemaju Masyarakat yang mengendalikan lebih dari 5 kelas. Bagi Pemaju Masyarakat yang mengajar kurang dari 5 kelas, pihak KEMAS Negeri perlu memberikan perhatian yang serius terhadap anggota berkenaan. Penyelia Bina Insan juga dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan tugas pengajaran dan pembelajaran di Kelas Bina Insan dengan sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu. Bagi memastikan pelaksanaan aktiviti ini berjalan dengan baik dan mengikut kurikulum Bina Insan yang ditetapkan, pemantauan dan penilaian terhadap kelas dan anggota perlu dilaksanakan. Melalui pemantauan dan penilaian ini, pelaksanaan kelas dapat ditambahbaik dan sebarang isu yang timbul dapat diselesaikan sama ada di peringkat negeri mahupun di peringkat ibupejabat KEMAS. Memastikan pihak KEMAS Negeri dapat melaksanakan pemantauan, penilaian dan pelaporan aktiviti Kelas Bina Insan secara sistematik dan berkesan; Memastikan dapatan pemantauan dan penilaian dapat digunakan bagi menambahbaik aktiviti Kelas Bina Insan dan mutu pengajaran & pembelajaran tenaga pengajar Bina Insan Program Pembangunan Insan Di samping pelaksanaan aktiviti Kelas Bina Insan, Bahagian Bina Insan juga melaksanakan pelbagai aktiviti kemasyarakatan dalam bentuk kemahiran insaniah (softskills) menggunakan peruntukan pembangunan. Aktiviti Pembangunan Insan dipecahkan kepada 4 kluster iaitu : KLUSTER Outreach - Wadah Semasa - Diskusi Ilmiah
- Integrasi Ilmu Bersama Orang Asli / Bumiputra - INTERAKSI
- Forum Islam Hadhari / Bicara Mufti
KLUSTER Pemantapan Syiar Islam - Sambutan Hari Kebesaran Islam
- Sambutan Maulidur Rasul
- Israk Mikraj
- Gema Ramadan
- Festival Kesenian Islam
- Gema Ramadhan
KLUSTER Amal Islami / Kemahiran - Kursus Pengurusan Jenazah - KUPUJA
- Kursus Fasilitator Sembelihan - FASIH
KLUSTER Pembangunan Individu dan Keluarga - Kursus Pemantapan Kerohanian – I-MAN (Innerself Management)
- Kursus Keluarga Bahagia – Rumahku Syurgaku
- Kem Remaja / Belia
- Motivasi – Kem Remaja Ideal
- Sukan – Kem Riadah Hadhari
| Info | Latar Belakang - Bahagian Bina Insan mempunyai pelbagai aktiviti yang menjurus ke arah kemahiran insaniah (softskills), kerohanian, kekeluargaan dan kecemerlangan kendiri. Dua aktiviti utama yang dilaksanakan oleh bahagian ini :

| Fungsi Bahagian Bina Insan terbahagi kepada 2 unit yang mempunyai fungsi dan peranan masing-masing iaitu : * Unit Pendidikan Kerohanian - Merancang, menyelaras dan memantau aktiviti Pembangunan Kerohanian iaitu Ikhtifal Kesenian Islam, Khemah Ibadah, Program Kefahaman Islam dan Sambutan Hari-Hari Kebesaran Islam
- Merancang, menyelaras dan memantau kelas Bina Insan
- Mengkaji dan mengemaskini kurikulum Pembangunan Kerohanian (Bina Insan) bersesuaian dengan kehendak dan keperluan semasa
- Merancang, menyelaras dan memantau peruntukkan tahunan
- Mengumpul, mengemaskini dan menganalisa rekod serta data aktiviti
- Merancang mengeluarkan risalah dan bahan bacaan yang berkaitan dengan Pembangunan Kerohanian dan dihantar kepada unit penerbitan untuk terbitan setiap tahun
- Menyediakan laporan tahunan
- Merancang, menyelaras dan memantau Pendidikan Agama Islam di kelas-kelas TABIKA KEMAS
- Berkerjasama dengan Agensi / Jabatan / Pertubuhan dan Persatuan Sukarela yang berkaitan dengan Pembangunan Kerohanian
- Merancang dan menyelaras program penjelasan terhadap isu-isu semasa berkaitan dengan agama Islam
* Unit Pembangunan Keluarga - Merancang, menyelaras dan memantau aktiviti Pembangunan keluarga iaitu Program Kesejahteraan Keluarga, Program Kemahiran Keibubapaan, Program Pembangunan Wanita dan Kerjaya, Program Fardhu Kifayah dan Kem Kecemerlangan / motivasi pelajar.
- Merancang, menyelaras dan memantau peruntukkan tahunan
- Merancang mengeluarkan risalah dan bahan bacaan yang berkaitan dengan Pembangunan keluarga dan dihantar kepada unit penerbitan untuk terbitan setiap tahun
- Menyediakan laporan tahunan
- Menyedia input pengajaran dan pembelajaran program Pembangunan Keluarga bagi Institut Latihan KEMAS
- Menyedia, mengkaji dan mengemaskini kurikulum dan ko-kurikulum Pembangunan Keluarga
- Berkerjasama dengan Agensi / Jabatan / Pertubuhan dan Persatuan Sukarela yang berkaitan dengan Pembangunan keluarga
- Merancang dan menyelaras program penjelasan terhadap isu-isu semasa berkaitan dengan kekeluargaan Islam
| | | Aktiviti Acara BIL | AKTIVITI | TEMPAT/LOKASI | MULA | TAMAT | 1 | Majlis Kesenian Islam Tahun 2004 | KUSZA, Kuala Terengganu, Terengganu | | | 2 | Majlis Kesenian Islam Tahun 2006 | IPDA, Jitra, Kedah | | | 3 | Majlis Kesenian Islam Tahun 2007 | PUO, Ipoh, Perak | | | 4 | Bacaan Yasin dan Tahlil | Ibu Pejabat | | | Kursus BIL | KURSUS /BENGKEL | TEMPAT / LOKASI | MULA | TAMAT | 1 | Bengkel Kajian dan Penyelerasan Garis Panduan (KAPM) Bina Insan KEMAS | | 01 April 2005 | 08 April 2005 | 2 | Kursus Master Trainers Bina Insan | Excel Training Resorts Sdn Bhd | 12 Mac 2006 | 17 Mac 2006 | 3 | Bengkel Master Trainers Bina Insan | PKM Jerlun Kedah | 04 Jun 2006 | 07 Jun 2006 | | | | Carta |  Klik pada imej untuk pembesaran
| Direktori Staf | BIL | NAMA | JAWATAN | NO. TEL | E-MEL @kemas.gov.my | 1 | E. Taufik bin Mohd Yusof | Pengarah | 03- 8889 6437 / 7490 | taufik@kemas.gov.my | 2 | En. Baharudin bin Ahmad | Penolong Pengarah | 03- 8889 7448 | bahar@kemas.gov.my | 3 | Cik Nur Helwa binti Ruslan | Pegawai Khas | 03-8889 7492 | helwa@kemas.gov.my | 4 | Pn. Rashidah binti Yahaya | PPPM | 03-8889 7485 | rashidah@kemas.gov.my | 5 | Pn. Rozita binti Amir Ali | PPPM | 03-8889 7486 | rozita@kemas.gov.my | 6 | En. Mohd Shahrul Shafiq bin Daud | PPPM | 03-8889 7491 | shafiq@kemas.gov.my | 7 | Hj. Nahrawi bin Marzoki | Penyelia Khas | 03-8889 7492 | nahrawi@kemas.gov.my | 8 | En. Mohd Amirudin bin Abdul Rahim | Penyelia Khas | 03-8889 7435 | amir@kemas.gov.my | 9 | Cik Nur Izzati binti Asaf | PPM | 03-8889 7435 | izzati@kemas.gov.my | | | | | Kalendar | | Tiada peristiwa terkini buat masa ini |
|
|
|
|
|
|
 |
|
|
|
|
|
|
Hakcipta Terpelihara 2010 © Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS). Sesuai dipapar menggunakan IE 7.0 & ke atas dan Mozilla Firefox 2.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768
|
|
|
webmaster@kemas.gov.my
info@kemas.gov.my
|
 |
|
JABATAN KEMAJUAN MASYARAKAT (KEMAS)
Aras 2-3, Blok 1, Menara PJH, Presint 2
62100 Wilayah Persekutuan Putrajaya
MALAYSIA
Tel : 03-8889 7400
Fax : 03-88896458 / 6471
|
|
|